Tanya Pakar: ''Diherdik Bodoh & Lembab Itu Biasa!'' Inilah Realiti Sebenar Kerjaya Doktor Ramai Tak Tahu
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Tanya Pakar: ''Diherdik Bodoh & Lembab Itu Biasa!'' Inilah Realiti Sebenar Kerjaya Doktor Ramai Tak Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 11, 2021
pada 8:27 AM

Tanya Pakar: ''Diherdik Bodoh & Lembab Itu Biasa!'' Inilah Realiti Sebenar Kerjaya Doktor Ramai Tak Tahu

Kami berkesempatan mendapatkan seorang pakar berstatus doktor, Dr. Farhan Zulkifli untuk berkongsi tentang perjalanan beliau sebelum dan selepas berjayanya menjadi seorang doktor. Semoga hasil temubual ini dapat memberi manfaat kepada adik-adik di luar sana yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti.

 

1. Apakah proses yang perlu dilalui untuk menjadi seorang doktor? 

Sebenarnya masa saya SPM dahulu tahun 2007. Memang banyak biasiswa MARA dan JPA yang menawarkan bidang kedoktoran. Pada awalnya tak sangka pun boleh dapat keputusan yang agak ok masa SPM. So kalau orang yang dapat result yang macam tu, hanya ada beberapa option je dalam otak masing-masing. Sama ada lawyer, engineer, farmasi, dentist dan doktor.

Pada mulanya saya memilih dentist, dan mendapat tajaan mara. Kemudian atas sebab-sebab tertentu saya tukar kepada kedoktoran.Kalau nak jadi doktor, biology dan chemistry paling penting. Dua subjek ni kena hadam. But yeah, for u to get the scholarship you have to score all.

Di malaysia, kena buat pre u dahulu, contohnya ambil A level ke IB ke matriks. Macam saya, di bawah program MARA, dimasukkan ke dalam program International baccalaureate (IB). Program yang agak letih tapi puas hati. Kemudian baru lah ke medical school. Total tahun di medical school adalah 5 tahun. Kebiasaannya 2 tahun pertama adalah teori. Kita kena belajar basic sciences macam biochemistry, patholoy, physiology dan pharmacology. Dua tahun ini adalah period anda bosan kerana tak nampak kerja anda macam mana.

Tahun ketiga sampai kelima adalah praktikal. Masa ini lah kita beracah-acah jadi doktor. Pergi ke hospital, periksa patient dan lain lain. Tetapi exposure sebagai seorang pelajar adalah minimal kerana anda masih belum ada title dr itu lagi. Belajar memang penat dan tidak senang. Kena rajin.

 

2. Apakah struggle yang paling doktor tak boleh lupa sepanjang perjalanan menjadi seorang doktor? 

Struggle adalah working hours, memang panjang. Ye lah, kena bangun seawal 5.30 pagi dan balik paling lewat jam 12 tgh malam. Hospital bukan tempat main-main. Semua orang serious. Working environment tidak seindah dan seglamor drama tv3.  Tak tidur 24 jam itu normal. Curi curi tidur kalau ada masa.

 

3. Betul ke kalau nak jadi doktor, kena betul-betul kuat mental sebab banyak perkara yang perlu dikorbankan? 

Yes, mental kena kuat. Mental torture di hospital adalah benar. Semua orang akan marah anda. Nurse, seniors, patient dan juga PPK. Sebab itu, doktor bukan pada buku sahaja tetapi kena kuat luar dan dalam. Nak cuti raya? Oh kena gilir gilir. Nak cuti seminggu? Oh kena mohon lah awal awal tapi selalu takdapat. Nak bersama keluarga? Kenalah selalu catu masa. Doctor is not a fun job, dan we are not paid as much as u think we were. Kitorg cuma tiada masa nak belanja gaji je. Tu je. Lol.

 

4. Apakah pengalaman yang paling doktor tak boleh lupa sepanjang menjadi seorang doktor?

Ada satu pesakit. Namanya Puan Zal (bukan nama sebenar). Kisah dia mmg sangat sebak. Saya jaga dia 3 bulan di ward bersama rakan2 saya yang lain. Dia masuk disebabkan penyakit necrotising fasciitis, infection yang biasanya terjadi pada mereka yang ada kencing manis dan tidak mengawal bacaan gula mereka. Pada awalnya, arwah sgt periang. So kita memang senang dengan dia. Tapi disebabkan tekanan dalam hidup, (suami curang semasa dalam hospital). Keadaan dia terus merosot. Taknak makan, taknak makan ubat. Buang ubat. Depress dan semakin hari semakin teruk.

Keadaan dia sangat menyedihkan, saya cuma berdoa sahaja dia kembali bersemangat. Tapi tuhan lagi sayangkan dia. Selama 3 bulan, saya dan rakan-rakan suapkan telur, tukar dressing pada luka, angkat dia untuk keluar berjalan-jalan. Antara ramai-ramai pesakit yang meninggal dunia, dia lah paling saya ingatt. Depression tu bukan benda main-main.

 

5. Sebagai seorang yang berpengalaman, apakah persiapan yang doktor nak sarankan kepada mereka yang bercita-cita nak jadi doktor di luar sana?

Nak jadi seorang doktor? Minat yang mendalam. Ready dari segi mental. Herdikan bodoh dan lembab itu biasa. Practice kerja 7 hari smggu. Dan cuti sehari sahaja. Bangun seawal 5.30 pagi dan tidur selewat 12.30 malam Badan kena fit utk berdiri dan berjalan lebih dari 16 jam sehari. Kalau anda berjaya buat semua ini, anda boleh menjadi doktor.