Contoh Template Resume Bagus & Tip Resume Oleh Majikan!
# Pengetahuan Pekerja

Contoh Template Resume Bagus & Tip Resume Oleh Majikan!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 2, 2023
pada 2:04 PM

Contoh Resume Terbaik 1 Muka Surat & 4 Sebab Kenapa Majikan Ini Puji Resume Ni Melambung!

Antara faktor seseorang job seeker itu berjaya diterima bekerja adalah disebabkan oleh contoh template resume kerja yang dihasilkan adalah lengkap, padat dan betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh seorang majikan. Penting bagi job seeker untuk menghasilkan template resume terbaik untuk rujukan majikan kerana resume kerja dapat membantu recruiter memberi gambaran tentang bagaimana personaliti diri kita sebenarnya. 

Pelbagai contoh resume kerja yang boleh kita google dan dapatkan menerusi Google, tetapi persoalannya contoh resume mohon kerja yang manakah paling baik dan boleh dijadikan sebagai rujukan contoh resume kerja? Apakah ciri-ciri yang menyebabkan sesebuah resume kerja itu dikatakan terbaik dan menepati kriteria seorang recruiter? 

Di sini terdapat contoh template resume yang telah mendapat pujian oleh majikan, Ir Meor Shamshir kerana memenuhi kriteria yang diinginkan. Daripada gambar, email sehinggalah rujukan, semuanya memuaskan dan wajar dijadikan sebagai rujukan. Bagi job seeker di luar sana, bolehlah jadikan resume ini sebagai contoh resume kerja yang korang boleh gunakan untuk memohon kerja nanti. Dah ada siap buat resume kerja pastikan scan dulu resume anda di ATS Resume Checker untuk tahu kualiti resume sebelum email pada recruiter.

 

 

Contoh resume kerja 1 muka surat yang memukau majikan

Walaupun cuma satu muka surat saja, tapi job seeker ini berjaya memasukkan kesemua maklumat di dalamnya. Memang betul-betul contoh resume kerja terbaik!

 

Apa yang perlu ada dalam resume kerja?

Contoh Resume Kerja Tak Meleret 

''Budak ni dah ada 2 tahun pengalaman kerja. Dia tak cerita banyak. Tapi saya faham apa yang dia nak sampaikan.''
''I think I like this style of resume. Immaculate and clear. The type of sexy 1-page resume I am looking for.''

Bila nak tulis resume kerja, tip resume pertama ialah pastikan resume tersebut tidak terlalu meleret-leret sehinggakan menimbulkan satu perasaan bosan kepada recruiter. Cuba kita letakkan diri kita dalam diri recruiter tersebut. Dalam sehari ada berapa banyak resume yang mereka kena baca? Pastikan info yang kita masukkan adalah betul-betul maklumat yang perlu diketahui oleh recruiter bagi mengelakkan ia meleret dan panjang lebar. 

 

Contoh Resume Kerja Ikut Turutan

''Seksyen dalam resume dia nampak in good order. Maklumat diri, followed by work experience, then education, then tecnical certification and referees. Bagi yang tak ada technical certification, boleh letak sijil NGO atau kerja kemasyarakatan. AJK surau pun ok!''

Tip resume kedua, ada sesetengah job seeker yang main hentam dan menulis resume kerja tak ikut turutan. Kan tak cantik tu? Korang tahu tak, penulisan yang mengikut turutan boleh menimbulkan satu perasaan ingin tahu dan menyebabkan seseorang itu ingin terus membaca. Take note tentang ini ya! 

 

Contoh Resume Kerja Satu warna

''Satu warna je. Kalau banyak warna nampak macam menu kedai makan.''

Tip resume ketiga ialah pemilihan warna pada resume kerja juga melambangkan diri kita di mata recruiter. Pemilihan warna pada template resume kerja yang caca marba pastinya akan menimbulkan rasa negatif dan serabut pada recruiter. Pastikan job seeker memilih warna resume kerja yang nampak korporat, profesional dan bersesuaian. Jangan terlalu melebih-lebih. Boleh lihat contoh template resume kerja terbaik dan warna yang dipilih di atas. 

 

Contoh Resume Kerja Ada Gambar & Email Yang Profesional

''Gambar pakai tie dan ada senyum juga. Email username tak merapu. Dia ada letak interest iaitu futsal. Kalau boleh letak passion lagi cun!''

Ha ni tip resume keempat! Siapa kata gambar pada resume kerja tak penting? Daripada gambar pun boleh membantu recruiter mengenali personaliti korang tau. Mungkin daripada cara senyuman, cara posisi badan, kekemasan atau sebagainya.  

Semoga perkongsian tentang contoh resume kerja terbaik ini dapat membantu job seeker di luar sana dalam menghasilkan resume kerja yang baik pada masa akan datang. 

 

Untuk ketahui banyak lagi contoh atau tips tentang resume kerja, tips interview atau sebagainya, boleh teruskan membaca Blog MauKerja.

 

 

Tips Interview: 3 Ayat Buka Bicara Masa Temuduga