Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Buat Majikan Nak Call Cepat!

Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Buat Majikan Nak Call Cepat!

post by sofea

by sofea

May 4, 2025
pada 1:56 PM

Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Buat Majikan Nak Call Cepat!

Surat permohonan kerja adalah dokumen penting yang sering menjadi langkah pertama dalam mendapatkan pekerjaan idaman awak. Ia bukan sekadar formaliti tetapi merupakan peluang untuk memperkenalkan diri, menonjolkan kelayakan awak, dan menarik perhatian majikan. Dengan surat yang tersusun dan profesional, awak boleh meningkatkan peluang untuk dipanggil temuduga.

Artikel ini akan membimbing awak untuk menulis surat permohonan kerja yang berkesan. Dalam artikel ini, awak akan belajar tentang:

  • Apa itu surat permohonan kerja dan kepentingannya.
  • Format yang perlu diikuti untuk surat rasmi.
  • Contoh surat permohonan untuk pelbagai situasi.
  • Tips penting untuk menjadikan surat awak lebih profesional.
  • Soalan lazim yang sering ditanya mengenai surat permohonan kerja. Kami turut menyediakan contoh surat untuk pelbagai situasi dan panduan berguna supaya surat awak memenuhi standard profesional.

Job Matcher

Apa itu Surat Permohonan Kerja dan Kenapa Penting?

Surat Permohonan Kerja

Surat permohonan kerja adalah dokumen yang disertakan bersama resume semasa memohon sesuatu jawatan. Surat ini bertujuan untuk:

  • Memperkenalkan diri kepada majikan.
  • Menyatakan minat terhadap jawatan yang dipohon.
  • Menjelaskan kenapa awak adalah calon terbaik berdasarkan kelayakan dan pengalaman.

Majikan sering menggunakan surat ini untuk menilai keperibadian, kemahiran komunikasi, dan sejauh mana awak memahami keperluan jawatan tersebut. Oleh itu, surat ini adalah peluang terbaik awak untuk membuat impresi pertama yang positif.

Baca Juga: 9 Persediaan Sebelum Memasuki Alam Pekerjaan! Jangan Skip

Format Surat Rasmi Permohonan Kerja

Surat permohonan kerja yang baik haruslah mengikut format berikut:

1. Pengenalan Diri

  • Mulakan dengan menyebut nama awak.
  • Nyatakan jawatan yang awak pohon serta bagaimana awak mengetahui tentang jawatan tersebut.
  • Sertakan satu ayat pendek untuk menarik perhatian majikan.

2. Sebab Memohon Jawatan

  • Nyatakan kenapa awak berminat dengan jawatan tersebut.
  • Hubungkan minat awak dengan misi atau visi syarikat (jika ada).
  • Jelaskan bagaimana kelayakan awak relevan dengan jawatan yang dipohon.

3. Pengalaman dan Kelebihan

  • Sertakan pengalaman kerja terdahulu yang berkaitan.
  • Fokus kepada pencapaian yang menunjukkan awak mampu menyumbang kepada syarikat.
  • Gunakan contoh spesifik untuk menyokong pernyataan awak.

4. Penutup yang Meyakinkan

Dah penat cari kerja? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <

Tips Menulis Surat Permohonan Kerja yang Profesional

  • Gunakan Bahasa Formal: Pastikan nada surat awak profesional tetapi tidak terlalu kaku.
  • Ringkas dan Padat: Kekalkan surat awak dalam 3-4 perenggan.
  • Tunjukkan Keunikan Awak: Elakkan frasa generik dan tonjolkan kemahiran atau pengalaman spesifik.
  • Elakkan Kesalahan Ejaan dan Tatabahasa: Proofread surat awak sebelum menghantarnya.
  • Sertakan Fakta yang Relevan: Fokus kepada keperluan jawatan dan apa yang awak boleh tawarkan.

Contoh Surat Permohonan Kerja

Berikut adalah contoh surat permohonan kerja untuk rujukan awak. Contoh ini relevan kerana ia memberikan struktur asas yang profesional dan boleh disesuaikan mengikut keperluan jawatan atau situasi kerja awak. Awak boleh menambah maklumat peribadi atau pengalaman unik untuk menjadikannya lebih relevan dengan keperluan majikan yang awak sasar.

Contoh Surat Permohonan Kerja Untuk Jawatan Profesional

Contoh Surat Permohonan Kerja Untuk Jawatan Profesional

Nama Pemohon

Alamat surat menyurat

......................................................................................................

Pengurus Besar

Jabatan Sumber Manusia

Kumpulan Kembara Sdn Bhd

Lot 9, Jalan Gembira 8, Seksyen 9,

40000 Shah Alam 

Selangor Darul Ehsan                                                                       18 Mac 2025

 

Tuan/Puan

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG

Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.

Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian .......................... atau.......................... untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

............................................

Nama Pemohon

Email: namaanda@yahoo.com

Baca Juga: Contoh Surat Perjanjian Pekerja Dan Majikan Yang Wajib Tahu!

Contoh Surat Permohonan Kerja Dari Graduan

Contoh Surat Permohonan Kerja Dari Graduan

Contoh Surat Permohonan Kerja Untuk Internship atau Kerja Sambilan

Contoh Surat Permohonan Kerja Untuk Internship atau Kerja Sambilan

Contoh Surat Permohonan Kerja Guru

Contoh  Surat Permohonan Kerja Guru

Baca Juga: Faktor Pemilihan Kerjaya, Ini Panduan Supaya Tak Salah Pilih

Contoh Surat Permohonan Kerja Jawatan Kosong Yang Padat dan Ringkas!

Dibawah adalah contoh surat permohonan kerja yang diberikan oleh CEO Ir Meor Shamshir. Surat permohonan ini cukup simple dan padat! Susunannya juga sangat kemas yang memang diperbuat khas untuk memudahkan majikan membaca isi yang disampaikan.

Cara Menyesuaikan Surat Permohonan Kerja untuk Setiap Jawatan

  1. Gunakan Kata Kunci dari Iklan Kerja: Pastikan surat awak merujuk secara spesifik kepada keperluan dalam deskripsi kerja. Contohnya, jika iklan kerja menyebut keperluan 'kemahiran komunikasi yang baik' atau 'pengalaman dalam pengurusan projek', masukkan frasa-frasa ini dalam surat awak untuk menunjukkan bahawa awak memenuhi keperluan tersebut.
  2. Sesuaikan Nada Surat: Untuk jawatan profesional, gunakan nada yang lebih formal. Untuk jawatan sambilan, awak boleh menggunakan nada yang lebih santai tetapi masih profesional.
  3. Tonjolkan Kemahiran Relevan: Jika jawatan memerlukan kemahiran teknikal tertentu, pastikan awak menyebut pengalaman awak yang berkaitan.

Langkah Akhir Sebelum Hantar Surat Permohonan Kerja

  • Proofreading: Pastikan tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
  • Format yang Kemas: Gunakan font profesional seperti Arial atau Times New Roman, saiz 11 atau 12.
  • Simpan dalam Format PDF: Ini memastikan format surat awak tidak berubah semasa dihantar.
  • Hantar Mengikut Arahan: Jika diminta untuk menghantar melalui emel, nyatakan jawatan dalam tajuk emel. Sebagai contoh: "Permohonan Jawatan [Nama Jawatan] – [Nama Awak]."

Kesimpulannya, cara menulis surat permohonan kerja adalah penting untuk memastikan bahawa permohonan pekerjaan diterima dengan baik oleh majikan. Ia memerlukan pemahaman tentang format surat, isi kandungan yang sesuai dan bahasa yang sopan dan profesional. Surat permohonan kerja harus menggambarkan latar belakang, kelayakan dan minat pemohon terhadap pekerjaan yang ditawarkan. Dengan mengikuti panduan ini, pemohon akan dapat membuat surat permohonan kerja yang menjual dan menonjolkan kelebihan mereka.

Nak Cari Kerja Kosong? Jom, Apply Di Maukerja!

Awak tahu tak, di portal Maukerja, terdapat beribu-ribu kerja kosong yang awak boleh mohon. Awak tinggal pilih sahaja kerja yang sesuai dengan anda. Jom, klik sini untuk mohon kerja yang awak rasa sesuai untuk awak!

Drop resume

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


FAQ (Soalan Lazim) Berkaitan Surat Pemohonan Kerja

1. Apa beza antara surat permohonan kerja dan resume?
Surat permohonan kerja adalah dokumen yang memperkenalkan diri anda secara ringkas dan menyatakan minat terhadap jawatan, manakala resume adalah ringkasan kelayakan dan pengalaman anda.

2. Adakah surat permohonan kerja perlu panjang?
Tidak. Panjang surat biasanya 3-4 perenggan sahaja.

3. Bolehkah saya gunakan satu surat untuk semua pekerjaan?
Tidak disarankan. Surat yang disesuaikan dengan jawatan akan lebih menarik perhatian majikan.

4. Perlukah saya sertakan maklumat peribadi dalam surat?
Sertakan maklumat asas seperti nama, alamat, dan nombor telefon sahaja.

5. Bagaimana cara memastikan surat saya menarik perhatian majikan?
Gunakan bahasa sopan, tunjukkan kelebihan anda secara spesifik, dan kaitkan kelayakan anda dengan keperluan syarikat.