Kalau Korang Nak Tahu, 5 Kandungan Ini Buat Majikan Meluat Nak Baca Resume Korang Tau!
# Pengetahuan Pekerja

Kalau Korang Nak Tahu, 5 Kandungan Ini Buat Majikan Meluat Nak Baca Resume Korang Tau!

post by null

by Admin

Apr 21, 2016
pada 6:45 AM

Buat lah resume gempak mana pun, tapi kalau tak ada isi pun tak ada guna juga. Kami sebelum ini dah banyak kali kongsikan kepada korang cara-cara membuat resume yang betul.

Tapi masih ada lagi yang ulangi kesilapan yang sama, kadang-kadang diaorang tak hadap pun resume korang yang 'gempak' sangat tu.

Apa yang penting bagi majikan ialah, mengenai diri korang. Tapi, kena ingat majikan hanya nak tahu daripada sudut-sudut tertentu je tau!

Dalam resume korang tu memang cukup pantang kalau majikan jumpa 5 isi kandugan ini, lebih-lebih lagi kalau giliran korang antara yang terakhir dalam senarai temuduga. Jaga-jaga!

 1. Company Tak Nak Tahu Background Details Yang Terlalu 'Details' Tau!

Sebenarnya mengikut peredaran masa dan pengalaman, kesilapan berlaku bermula di sini, sebab syarikat akan tegok mentaliti berdasarkan apa yang kita tulis. Dalam resume yang bagus, kita hanya perlu letak Nama, Alamat Email dan No Telefon yang boleh dihubungi... mereka tak nak tahu status korang janda atau sebagainya pun.. itu kan maklumat sulit korang atau personal data..

Ingat!  “Your resume says alot about YOU, it determines whether you will be called in for an interview or not”

2. CGPA Tinggi? Ada Diaorang Kesah?

Contoh resume terbaik adalah ada aturan seperti:

  • Career Summary macam kau dok membangga diri kejap.. hehe
  • Core Capabilities atau kekuatan company nak hire korang
  • Working Experience, susun lah dari yang terbaru hingga yang lama punya, dalam ni juga ceritakan job task setiap kerja korang and accomplishment yang korang dah buat..
  • Qualification atau academic background korang.. contoh susun degree, diploma kemudian apa-apa profesional licence korang contoh ACCA ke, CIM ke.. oh jgn lupa letak tahun dan CGPA je... JANGAN letak subjek yang korang ambik dulu tue... majikan tak nak tahu pun sebab dia pun belajar benda yang sama masa sekolah dulu
  • Courses attended atau apa-apa kursus yang korang pernah pergi dan boleh digunapakai dalam kerja... contohnya Kursus Kaunseling, Stress Management Course ke... sebab ini antara kekuatan korang yang majikan akan tertarik untuk ambil bekerja.
  • Bahasa yang di gunakan..
  • Kemahiran yang korang ada contoh Adobe Photoshop ke... tak kisah lah skills tue computer ke atau yang lain-lain berkaitan.
  • Reference atau rujukan.. korang boleh letak “provided upon request” sebab reference nie data org lain korang kena jaga...

 3. Reference Gempak Pun Kalau Resume Kelaut Tak Guna

Antara masalah jobseeker kita ni adalah nak reference yang mega and meletup... kalau boleh ada Doktor, Datuk and sebagainya lah.

Sebenarnya letak lah orang yang korang confident boleh bagi good feedback on korang contoh boss lama ke.. and selalu reference 2 orang je.. ada sesetengah tu kalau boleh nak list kan satu kelas... haha

 4. Gambar Satu Keperluan Bukan Kehendak..

Mengikut apa yang di perlukan orang industry adalah kebolehan korang bukan rupa korang... bayangkan dalam gambar bukan main lagi cik akak tu edit 360 and flawless dia semut pun boleh tergelincir kan.

Tapi bila jumpa depan-depan semut pun susah nak panjat kawah-kawah yang ada.. haha..jangan terasa ye kami hanya beri info kepada korang.

 5. Email! Email! Email!

Kalau boleh letak lah email atau buat lah email yang bersesuaian dengan imej seorang pekerja tue. .tak perlu lah guna email “rama2terbangmlm@xxxxx.com.my“ sebab nampak kebudak-budukkan.. unless korang confident and yakin tahap dewa boleh lah guna kan... hahaha!