Bimbang Terbeban Dengan PTPTN? Jom Biaya Pendidikan Dengan KWSP!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Bimbang Terbeban Dengan PTPTN? Jom Biaya Pendidikan Dengan KWSP!

post by null

by Admin

Apr 21, 2016
pada 6:46 AM

Seram sejuk kami apabila terkenangkan hutang yang berpuluh ribu dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Lama lagi tau ikatan kami dengan PTPTN. Haa, anda bagaimana? Sebenarnya, kami ni teringin nak sambung pelajaran, tapi tak mahulah hutang yang sedia ada bertambah.

Jadi, sekiranya anda berada dalam situasi yang sama seperti kami, apa kata gunakan wang simpanan anda di KWSP untuk tujuan pendidikan. Tak ada hutang, hati pun senang. Ini caranya!

Syarat kelayakan e-Pengeluaran

  • Syarat-syarat kelayakan bagi memohon secara e-Pengeluaran adalah seperti berikut:
  • Syarat kelayakan pengeluaran pendididkan sedia ada masih terpakai. (Maklumat lanjut, sila layari www.kwsp.gov.my)
  • Mempunyai i-Akaun
  • Semua jenis bayaran yang dikenakan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk yuran asrama dan kos tiket penerbangan sehala ketika mendaftar di tahun pertama.
  • Belajar di IPT dalam negara secara sepenuh masa, separuh masa, Program Jarak Jauh (PJJ) dan francais yang diluluskan.
  • Pemohon adalah pelajar atau ibu bapa yang membiayai pendidikan anak.
  • Bagi tujuan kelulusan, pemohon mesti membuat pengecaman Cap Ibu Jari di kaunter KWSP.

Manfaat e-Pengeluaran

Manfaat yang diperolehi adalah seperti berikut :

  • e-Penghantaran dan Semakan Kelayakan Online
  • Serahan boleh dibuat pada bila-bila masa (anywhere & anytime) dan semakan kelayakan pengeluaran secara online.
  • e-Pengesahan Dari Pihak Ketiga
  • Maklumat yuran pengajian pendidikan diperolehi terus secara online dari IPT atau Institusi Pemberi Pinjaman.
  • e-Proses (Proses Pemetaan dan Pengecaman Cap Ibu Jari)
  • Kelulusan secara automatik selepas ahli hadir ke kaunter untuk pengecaman Cap Ibu Jari.
  • e-Bayaran
  • Bayaran secara Pengkreditan Terus ke akaun ahli atau IPT atau Institusi Pemberi Pinjaman.
  • e-Komunikasi
  • Makluman kepada ahli melalui SMS dan Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dibenarkan di bawah e-Pengeluaran terhad kepada IPT tertentu sahaja.

IPT tersebut merupakan antara IPT yang telah bekerjasama dalam projek e-Pengeluaran. Namun demikian, KWSP sedang berusaha untuk melibatkan lebih banyak IPT dan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

Tidak Boleh Mohon IPT Luar Negara

Kemudahan ini hanya terhad kepada IPT dalam negara sahaja. Bagi permohonan pengeluaran untuk pengajian luar negara, permohonan hendaklah dihantar melalui Kaunter KWSP.

Sebenarnya, banyak lagi yang boleh korang pelajari kalau nak sambung pengajian menggunakan KWSP. Nak tahu lebih lanjut, klik DISINI!