Contoh & Tips Kebabom Tulis Surat Permohonan Kerja Supaya Majikan Suka!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Contoh & Tips Kebabom Tulis Surat Permohonan Kerja Supaya Majikan Suka!

post by null

by Admin

Apr 21, 2016
pada 6:50 AM

Nak mohon pekerjaan mestilah disertakan dengan surat permohonan. Orang putih kata Cover Letter la oi. Bukan apa, dari surat permohonan, majikan akan tahu serba sedikit mengenai anda.

Jadi, hari baik bulan baik ni kami nak share dengan anda mengenai tips kebabom yang boleh membuatkan bakal majikan membaca surat permohonan anda berkali-kali tanpa berhenti. Haha!

 

1. Jangan Bincang Gaji

Jangan sesekali berbincang mengenai gaji dalam surat permohonan. Belum apa-apa kau dah nak gaji kenapa? Cubalah bawa bersabar dan tulis maklumat biasa je. Be humble!

2. Jangan Tulis Maklumat Sama

Surat permohonan dan resume adalah perkara yang berlainan. Jadi, pastikan anda tak ulangi maklumat yang sama. Takut nanti orang bosan.

3. Jangan Beritahu Keupayaan, Sebaliknya Beritahu Pengalaman

Ceritakan pengalaman supaya anda mampu membuatkan majikan impress dengan anda. Bukan apa, kalau bercerita mengenai keupayaan takut riak pula nanti.

4. Jangan Beri Maklumat Palsu

Berilah maklumat yang sahih sahaja. Jangan tipu kerana sekali anda menipu, ia akan memberikan gambaran negatif.

Jadi, dibawah ini kami serakan contoh penulisan surat permohonan yang tiptop. Harap dapat beri manfaat.