Lepasan Universiti Harus Baca Mengenai Ini Atau Anda Akan...
# Jenis Pekerjaan

Lepasan Universiti Harus Baca Mengenai Ini Atau Anda Akan...

post by null

by Admin

Apr 20, 2016
pada 6:54 AM

Berkelulusan universiti bukanlah satu jaminan bahawa anda akan hidup kaya raya sekiranya tamat pelajaran. Tak percaya? Kalau nak tahu, kelulusan berkenaan dianggap sebagai faktor tambahan untuk anda mendapat jawatan dan kehidupan yang lebih baik.

Kaya? Bergantung kepada usaha dan rezeki anda. Kaya pun tak guna sekiranya kehidupan anda dirudung bahaya kan?

Oleh itu, suka hati kami untuk berkongsi dengan anda mengenai cara mudah mendapat perlindungan takaful percuma dan sekaligus dapat membuat simpanan untuk skim rumah pertama anda yang dikongsi oleh lelaki bernas ini!

*BAKAL LEPASAN UNIVERSITI PATUT BACA*

Dapat je kerja, ada slip gaji terus rancang kewangan. Terus peruntukan RM300 sebagai simpanan setiap bulan untuk beli rumah pertama.

Rata-rata kenalan aku tak ada medikal kad disebabkan tiada bajet untuk bayar medikal kad dalam lingkungan RM100-RM300 sebulan.

Tapi ada pula peruntukan untuk bayar siaran berbayar. Ada pula peruntukan untuk bayar ansuran kereta import mahal-mahal. Suka sangat tengok bola dan ketawa terbahak-bahak tengok Maharaja Lawak tu.

Apabila berlaku kemalangan, tak nak pula pergi minta tolong dengan artis lawak kegemaran tu. Pinjam duit kawan jugak akhirnya.

Jadi, macam mana nak dapatkan perlindungan takaful dan simpanan untuk duit pendahuluan rumah secara serentak?

Ayuh baca jika kau orang mampu ikut;

***

1. Tahun pertama, mohon pembiayaan ASB RM50K. Tempoh 30 tahun, kadar profit bank: 5.2%.

2. Ambil tempoh yang panjang iaitu 25-30 tahun. Jadi, ansuran bulanan kau orang akan murah, dalam RM285.

3. Lepas setahun katakan dividen diumumkan oleh PNB ialah 7.25%. Dan kau orang akan dapat 7.25% X RM50K = RM3625.

4. Maka, selepas setahun ambilah perlindungan takaful yang ada medikal kad. Katakan dalam RM200 sebulan. Keluarkan dividen ASB dan bayar takaful.

5. RM200 X 12 bulan = RM2400. Jadi, baki setiap tahun kau orang ada setelah membayar takaful ialah RM3625-RM2400=RM1225. RM1225 simpan dalam ASB.

6. Ansuran ASB bayar guna gaji iaitu RM285 tiap bulan, dan bayaran takaful guna duit dividen pembiayaan ASB.

7. Ulang langkah 6 sehingga 3-5 tahun. Jika kau orang terminate pada tahun ke 3 atau tahun ke 5, kau orang akan dapat seperti di bawah;

3 tahun
Dividen terakhir: RM3625
Surrender value: RM2200
Bonus: 36/120X0.5/100XRM50K =RM75
Simpanan RM1225 setiap tahun: RM1225 X 2 tahun = RM2450
Jumlah kasar: RM8350

5 tahun
Dividen terakhir: RM3625
Surrender value: RM3900
Bonus: 60/120X0.5/100XRM50K=RM125
Simpanan RM1225 setiap tahun: RM1225 X 4 tahun = RM4900
Jumlah kasar: RM12,550

Katakan kau orang nak beli rumah selepas 5 tahun bekerja. Jadi, boleh terminate ASB masa tu dan ada tunai dalam anggaran RM12,550.

Setiap tahun gaji kau orang meningkat. Takkan setiap tahun kau orang mampu simpan RM285 sahaja. Jadi, pandai- pandai kau orang la tambah. Cipta tabung rumah secepatnya. Boleh beli rumah pertama di usia muda.

Ramai yang sudah berusia lebih daripada 35 tahun tetapi belum memiliki aset hartanah lagi. Sebabnya terbeban dengan hutang dan perancangan kewangan yang tidak berkesan. Jadi, kau orang boleh mula merancang bermula daripada sekarang. Sebelum umur 30 dah ada rumah.

Dalam masa kau orang buat ASB Financing RM50K kau orang sudah ada;

✔Perlindungan takaful
✔Duit deposit rumah
✔Laporan CCRIS yang cantik

***

Jika tidak mampu mempunyai takaful mengikut keperluan sebenar, buatlah yang paling minimum dulu mengikut kemampuan.

Jangan tunggu nak sakit baru nak ambil perlindungan takaful. Malang tak berbau. Jadi bersiap sedia semasa sihat ni. Kos perubatan bukannya murah.

Bila gaji naik, boleh tambah mengikut keadaan kewangan. Janganlah abaikan langsung. Biarlah tidak melanggan siaran berbayar tetapi ada perlindungan takaful.

Ramai lagi yang tidak mampu beli rumah walaupun telah bekerja 10-15 tahun. Lebih teruk lagi, dah berpuluh tahun kerja pun tetapi tiada simpanan untuk beli rumah dan lebih parah lagi tiada langsung perlindungan takaful.

Kalau kau orang bijak dan berjimat-cermat, dalam 3-5 tahun kerja dah mampu memiliki hartanah.

Jika kau orang dah ada perlindungan takaful, setiap kali dapat dividen boleh tambah lagi ASB Financing sampai RM200K. Ataupun simpan untuk beli rumah.

Jadi sebelum kau orang tersilap langkah, seperti beli kereta separuh daripada gaji, buat pembiayaan peribadi RM30K untuk kahwin, baik buat macam ni. Mana-mana okay je. Asalkan ada tindakan kau orang. Ini nak menyimpan RM100 sebulan pun susah.

Belanja awek dekat kedai hipster boleh pulak. Kalau kau sayang sangat awek, payung la dia ASB Financing RM50K juga dan buat benda sama. Ada perlindungan takaful. Biar ada duit simpanan untuk kahwin. Ini tidak, hari-hari cakap I LOVE YOU tapi usaha nak jadikan dia cinta halal langsung tiada. Simpanan kelaut. Asyik dating tempat mahal je. Kakakaka.

Ini adalah peta, pelan lakar, panduan, cetusan idea untuk kau orang merancang kewangan 3-5 mendatang. Tangguhkan kehendak sekarang untuk menikmati kehidupan yang selesa tanpa hutang dimasa tua. Kah!

Secara jujurnya, dah banyak kali kami baca pendedahan melalui laman Facebook adik Amir Syahir ini. Sebab tu kami kongsikan.

Apa lagi, jom tentukan dan mengorak langkah ke masa depan yang lebih cerah!