Nampak Indah, Tapi Nasihat Kami Elakkan Travel Di 7 Lokasi 'Maut' Ini... Bahaya!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Nampak Indah, Tapi Nasihat Kami Elakkan Travel Di 7 Lokasi 'Maut' Ini... Bahaya!

post by null

by Admin

Apr 21, 2016
pada 7:16 AM

Di muka bumi  ini memang banyak lokasi alam semulajadi  yang mempu membuatkan kita rasa terpukau bila melihatnya seperti keindahan gunung-ganang, air sungai, lautan jernih dan banyak lagi sehingga tak terkira.

Rasanya kalau nak berkongsikan lokasi-lokasi indah yang boleh dikunjungi, kami yakin ramai yang dah tahu banyak mengenainya. Apa yang kami ingin kongsikan adalah ada segelintir tempat di dunia ini amat bahaya untuk dikunjungi disebalik keindahan flora dan faunanya.

Nasihat kami jangan elakkan daripada bercuti atau mengembara di lokasi 'maut' ini.

1. Death Valley, USA

Death Valley mencatatkan rekod suhu paling tinggi muka bumi ini, tahap kepanasan dan bahang di kawasan gurun  ini mencecah sehingga 56.7 darjah celsius. yang mampu membuatkan korang rasa cepat penat dan letih. Tanpa air. jangka hanyat disana hanya 14 jam!

2. The Danakil Desert, Eritrea

Suhu yang mencecah sehingga 50 darjah celsius ini mempunyai banyak gunung berapi yang masih aktif, dan amat merbahaya kerana ada geisar yang mengeluarkan gas toksik! Tak dapat dibayangkan betapa 'kuat' nya tempat ini. Gurun Danakil Afrika ini juga digelar sebagai 'neraka dunia' oleh orang ramai terutamanya yang pernah berkunjung disini.

Namun, masih ada pegembara yang berjiwa kental dari seluruh dunia memberanikan diri untuk pergi ke sini. Jika korang berani nak cuba, pastikan ada orang yang berpengalaman guide korang ke sana!

3. Gunung Washington, USA

Lain pula di puncak Gunung Washington ini, ia memegang rekod angin paling kencang di bumi bumi ini. 'Kelajuan' angin disini direkodkan mencecah sehingga 327/km sejam! Bukan sahaja kekuatan tiupan angin di kawasan ini, tahap suhu yang terlalu rendah sehingga -40 darjah! Malah salji tebal di Gunung Washington membuatkan tempat ini sangat bahaya untuk dikunjungi.  Ramai antara mereka tyang berjaya tiba di puncak gunung ini terkorban!

4. Gunung Berapi Sinabung, Indonesia

Gunung berapi ini masih aktif, ia terletak di Pulau Sumatra, Indonesia. Letusan yang seringkali berlaku dan tidak dapat dijangka. Penduduk  kampung yang tinggal berhampiran seringkali dilanda larva gunung berapi tersebut, terjadi sejak tahun 2010, 2013,2014, 2015 dan paling terkini 27 febuari 2016. Letusan setinggi 2,5000 meter ini bila-bila masa boleh sahaja berlaku.

5. lha da Queimada Grande (Snake Island), Brazil

Tempat ini agak tersebunyi di sesuatu tempat di luar pantai Brazil, pulau ini terkenal dengan tempat paling bahaya di planet ini kerana disini dipenuhi dengan salah satu spesis ular yang paling berbisa di dunia, Bothrops. Dikatakan pernah terjadi seorang panjaga rumah api disitu maut dipatuk ular tersebut, pihak berkuasa dari negara tersebut telah melarang pengunjung menjejakkan kaki di sana.

6. Madidi National Park, Bolivia

Sekali pandang nampak indah kan? Tapi sebenarnya bahaya! Kenapa? Sebab disini adalah 'makam' tumbuh-tumbuhan paling beracun dan kehidupan fauna yang paling agresif di dunia. Kalau korang cuba usik mana-mana tumbuhan disitu, korang akan rasa gatal-gatal, ruam dan pening-pening. Selain itu korang mudah dijangkiti parasit tropika jika terdapat sebarang luka kecil di anggota badan.

7. Bikini Atoll, The Marshall Islands

Nampak macam pulau indah tapi sebenarnya Bikini Atoll ini adalah tempat uji kaji program nuklear yang membuatkan keindahan pulau ini berukar menjadi tempat paling bahaya dan digeruni kerana menjadi tempat pembiakan radioaktif yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan kanser.

8. Lake Natron, Tanzania

Nampak macam epic dan rare untuk jadi destinasi korang dengan kawan sekepala, tetapi Lake Natron di Tanzania ini sangat bahaya untuk dikunjungi. Kerak garam alkali di permukaan tasik ini boleh membawa maut kepada mana-mana kehidupan. Korang dilarang untuk berenang dalam tasik ini, bau hidrogen sulfida yang datang dari permukaan tasik itu  memang akan 'spoil' kan mood korang untuk berkelah di situ.

Sumber : Brightside.me