7 Jenis Part Time Job Yang Boleh Bagi Duit Poket Lebih Setiap Bulan
# Jenis Pekerjaan

7 Jenis Part Time Job Yang Boleh Bagi Duit Poket Lebih Setiap Bulan

post by null

by Admin

Apr 25, 2016
pada 7:18 AM

Kerja tetap yang korang tengah lakukan sekarang belum tentu cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan bukan?

Hasil pendapatan yang diperoleh setiap bulan terpaksa dihadkan agar ia mencukupi sehingga pertengahan ataupun hujung bulan.

Jadi, korang membuat keputusan untuk melakukan 'side job' atau kerja sambilan bagi mendapatkan modal yang berlebihan. Tapi kurang pasti pekerjaan apakah yang boleh memberikan pulangan setimpal.

Ketahui, jenis-jenis kerja sambilan yang akan kami kongsikan disini!

1. Events Crew

Kerja-kerja sebagai krew dalam sesebuah majlis seperti 'roadshow' telekomunikasi, adhoc, promosi pasaran dan lain-lain kebiasaanya memerlukan ramai pembantu. Bayaran kebiasaannya diberikan mengikut hari, jam atau komisyen.

Walaupun diperlukan hanya beberapa hari, sekurang-kurangnya korang dapat 'extra income' untuk diri korang.

2. Ejen Insuran/Takaful

Pendapatan yang akan dimiliki  bedasarkan komisyen, bergantung kepada jumlah pendaftar yang korang terima. Lagi ramai korang dapat, lagi banyaklah komisyen korang, ada kemungkinan komisyen itu berlipat kali ganda daripada gaji bulanan korang tau!

Ramai yang membuat keputusan untuk berhenti kerja sedia ada dan menjadikan kerja part-time ini sebagai kerja full time mereka. 

3. Tutor

Kalau terlalu sibuk bekerja sehingga di waktu malam, gunakan waktu hujung minggu anda dengan membuka kelas tuisyen di rumah anda ataupun sebagai tutor kepada pelajar-pelajar cara bagaimana mengendalikan sesebuah software. 

4. Emcee Majlis

Jika korang mempunyai bakat, boleh berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan tinggi dan berpewatakan menarik, menjadi juruacara majlis perkahwinan, pelancaran produk atau majlis-majlis memang sesuai!

5. Web Designer 

Peluang baik kepada pelajar, graduan mahupun bekerja dalam bidang ini. Gunakan 'produk' yang ada pada diri korang sebagai perniagaan.Selain web designer, korang juga boleh mencuba ini..

6. Juru Foto

Mungkin kemahiran anda tidaklah sehebat dengan juru foto diluar sana, tapi itu bukan penghalang untuk diri korang mengasah kemahiran tersebut.Pastikan harga yang ditetapkan setimpal dengan hasil yang korang lakukan.

7. Baking

Pendek kata,korang bolah jadikan hobi itu sebagai kerja korang. Boleh gunakan kebolehan yang korang ada sebagai perniagaan kecil-kecilan. Contohnya seperti baking ini, kek yang dihasilkan boleh dijual.

Apapun, korang mesti tak tahu kat mana nak cari kerja-kerja part time ni kan? Maukerja.my kan ada!