4 Step Paling 'Ummph' Menjawab "Why Do You Want This Job" Ketika Temuduga
# Pengetahuan Interview

4 Step Paling 'Ummph' Menjawab "Why Do You Want This Job" Ketika Temuduga

post by null

by Admin

Jan 6, 2022
pada 8:15 AM

Perkara utama bakal majikan akan tanya ialah "please introduce yourself" dan kami pernah kongsikan cara untuk menjawabnya dengan baik.

selain itu soalan utama yang takkan terlepas daripada mulut mana-mana majikan sekalipun ialah "why do you want this job" haa...penting ni. Inilah soalan azimat yang menentukan bahawa korang diterima bekerja atau tidak.

Kepada sesiapa yang akan menjalani sesi temuduga nanti, baca ini supaya majikan dapat meyakinkan korang nanti.

1.  "Syarikat Ini Sangat Bagus Kerana...."

 


 

Siapalah yang tak suka dipuji kan? Buat kaji selidik latar belakang syarikat ini, tekankan pencapaian yang pernah mereka perolehi dan cuba kaitkan dengan azam korang dalam syarikat tersebut. Contohnya, mengasah kemahiran, pendedahan situasi dalam sesebuah bidang, kondusif tempat kerja dan macam-macam lagilah yang boleh meyakinkan mreka. Tapi ingat, jangan sampai mengampu tau.
 

2. "Saya Ada Beberapa Kawan Yang Pernah/Sedang Bekerja Disini Dan Mereka Kata Syarikat Ni Sangat Bagus"



Lagi bagus jika kawan korang itu satu department dengan jawatan yang dimohon, tapi kalau mereka tanya siapa beritahu sahaja nama kawan itu. Cuma jangan kata dia yang recommend kan korang kerja disitu, katakan bahawa kamu temui iklan.

Melainkan kawan kamu yang ajak dengan kebenaran boss, kerana ada segelintir syarikat yang mahukan pekerja dengan kadar segera dan dalam masa yang singkat.

3. "Saya Sangat Tertarik Dengan Review Pekerja-Pekerja Disini "



Korang boleh cakap begini "Apa yang buatkan saya suka kerja disini ialah review positif daripada pekerja atau orang luar mengenai syarikat ini, ia menaikkan lagi semangat dan kepercayaan saya".  Kemudian tambah lagi begini...

4 " Dengan Reaksi Positif Yang Syarikat Ini Terima Saya Rasa Disini Adalah Peluang Terbaik Saya Untuk Meningkatkan Kemahiran Saya Dalam Bidang..."



Jelaskan skop kerja anda, pastikan info yang diberikan ringkas tapi padat! Jangan ambil masa terlalau lama atau meleret sehingga majikan bosan. Tunjukkan reaksi bahawa korang betul-betul excited nak kerja disitu.

Dengan ini, majikan takkan banyak tanya...oh ya! kaji selidik dahulu segala maklumat mengenai syarikat tersebut kerana ia akan menampakkan bahawa korang memang serius dan berminat untuk bekerja disitu ya! Oklah good luck untuk interview nanti!