3 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Soalan 'Tell Me About Yourelf' Dalam Temuduga
# Pengetahuan Interview

3 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Soalan 'Tell Me About Yourelf' Dalam Temuduga

post by null

by Admin

Apr 25, 2016
pada 3:51 AM

Penemuduga tanya 'Tell me about yourself', alamak nak jawab apa ni? Takkan nak beritahu berapa ramai adik beradik yang korang ada! Oh come on, takkanlah tak ada langsung benda menarik yang korang boleh kongsikan.

Sebenarnya, soalan ini nampak simple tapi mengandungi makna yang penuh sarat tau! Kadang-kadang dek kerana soalan inilah ramai candidate yang kantoi!

Jadi, apa kata korang checkout dulu makna tersirat disebalik soalan ini supaya anda akan lebih prepared ketika bakal berhadapan dengan temuduga!

1. Ice-breaking

Pertama sekali penemuduga berkemungkinan telah membaca resume ataupun kelayakan anda secara sepintas lalu dan sesi ini adalah untuk mengenali anda secara bersemuka (in-person). Jadi soalan ini dijadikan sebagai titik permulaan perbualan anda dan para penemuduga, dan untuk mengelakkan rasa janggal dan kekok Maka dengan sebab itu, kebanyakan temuduga akan dimulakan dengan soalan begini.

2.  Menguji Kelancaran Anda dan Kematangan Anda Ketika Berbicara

Majoriti penemuduga telahpun tahu dan arif berkenaan suasana bilik temuduga boleh menyebabkan anda 'cemas' dan 'panik', akan tetapi ia juga boleh menjadi medan untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan situasi 'tegang' sebegini.

Soalan 'ice-breaking' seperti "Tell me about yourself" sememangnya boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kemahiran komunikasi anda untuk menceritakan sesuatu yang mudah kepada penemuduga. Faktor-faktor lain seperti kelancaran dan kematangan juga diambil kira ketika anda sedang menceritakan perihal diri anda. 

Apa yang perlu diberikan perhatian, adalah:

  • Kelancaran - (kalau tak lancar, anda tidak yakin, berkemungkinan juga ketidaklancaran tesebut memberikan isyarat yang mungkin anda sedang memikirkan cara untuk 'meng-kelentong' penemuduga)
  • Emosi - Perasaan takut dan gementar adalah biasa, tapi sekiranya ia keterlaluan, ia menunjukkan anda tidak matang dan kurang berkeyakinan)
  • Eye Contact - First impression is everything, memandangkan ini merupakan soalan pertama yang ditanya, penemuduga akan membuat penilaian pertama terhadap perilaku anda tatkala peringkat ini. Kegagalan anda membuat eye-contact sewajarnya menunjukkan anda kurang 'soft-skill', kurang berkeyakinan, ataupun tidak berminat dengan temuduga tesebut dan ini memberi kesan terhadap soalan -soalan berkaitrapat dengan pekerjaaan yang seterusnya. (Nota:  terdapat juga calon yang terus ditamatkan temuduga tanpa ditanya soalan teknikal berkaitan kerja, hanya kerana kurang membuat eye-contact sahaja.

AWAS: anda tidak digalakkan mengunakan humor ataupun berloyar buruk di peringkat ini, sekiranya penemuduga berlawak, anda dinasihatkan supaya hanya menyambutut dengan senyuman dan cukup sekadar meng-iyakan ataupun 'acknowledge' lawak penemuduga terbabit. 

3. Mengetahui Tahap Minat Anda Terhadap Jawatan yang Dipohon

Ini adalah point terpenting! Sekiranya penemuduga menyuruh anda menceritakan perihal diri, jangan sesekali anda menceritakan tentang hal-hal peribadi anda kepada penemuduga seperti dimana anda bersekolah, bilangan adik-beradik, suami, isteri, hobi, aktiviti dimasa lapang dan sebagainya, kecuali sekiranya penemuduga meminta anda menceritakan perkara tersebut.

Tapi, sekirapun ya, hadkan penerangan anda, kerana penemuduga sebenarnya tidak berminat untuk mengetahui secara mendalam sejarah hidup anda. Apa yang dikehendaki penemuduga adalah pengenalan diri anda yang ringkas, dan menyatakan status perkahwinan anda, dan mungkin tempat tinggal dan kelulusan tertinggi anda (SPM, diploma, degree) dan kaitkan ia dengan jawatan yang dipohon.

Ceritakan sedikit berkenaan pengalaman kerja anda yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang hendak dipohon. Walaupun anda memohon jawatan pegawai, dan anda hanya ada pengalaman berkerja di fast-food restaurant sahaja seperti KFC!

Dengan mengetahu beberapa perkara ini, anda akan lebih bersedia dan mampu menjawab soalan dengan baik serta mempunyai pengisian. Bukan hanya omong kosong! Hehe!

Nak tahu lagi beberapa tips untuk lepas temuduga? Jangan lupa layari kami hari-hari ya!

Sumber : DISINI