2 Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
# Jenis Pekerjaan

2 Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

post by null

by Admin

Apr 25, 2016
pada 8:51 AM

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

KWSP kini menyediakan kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Eksekutif (Strategi)

RINGKASAN TUGAS
Menyelia dan memastikan pelaksanaan kad skor korporat, bahagian dan jabatan secara berkesan. Mengadakan kajian berkala terhadap pelaksanaan dan melaporkan pencapaian prestasi kepada Pengurusan dan Lembaga dari semasa ke semasa.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

1. PEMBANGUNAN KAD SKOR

a. Penetapan Prestasi Korporat Tahunan.

b. Memperluaskan skop khidmat nasihat bagi membantu Ketua-ketua bahagian merangka kadskor bahagian yang merangkumi pelan strategik bahagian yang diselarikan dengan pelan strategik KWSP.

c. Khidmat nasihat bagi pembangunan Pelan Jabatan di semua jabatan.

d. Khidmat nasihat bagi aktiviti pelataan (cascading) kadskor korporat kepada bahagian dan seterusnya ke kadskor jabatan.

2. LAPORAN PRESTASI

a. Memantau penyelarasan laporan prestasi kad skor korporat, menganalisis dan membentangkan kepada Majlis Strategi, Jawatankuasa Strategi dan Lembaga KWSP.

b. Memastikan laporan prestasi dimuatnaik di dalam Sistem Badan Berkanun (SBSys).

c. Memastikan penggunaan automasi sistem Balanced Scorecard (BSC) sepenuhnya oleh semua pengguna bagi memudahkan pemantauan prestasi kad skor korporat, bahagian dan jabatan.

3. KHIDMAT URUSETIA

a. Memastikan penyediaan khidmat urusetia bagi Majlis Strategi (Peringkat Pengurusan).

4. KOMUNIKASI DAN LATIHAN

a. Mengadakan program komunikasi dan latihan berterusan bagi meningkatkan kesedaran, pemahaman serta penghayatan penggunaan rangka kerja BSC.

b. Menyediakan saluran maklumbalas yang berkesan berkaitan penetapan objektif, Key Performance Indicator (KPI) dan sasaran dengan mengadakan bengkel atau sesi latihan dari semasa ke semasa kepada BSC Liaison Officer.

c. Bersedia untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu dalam bidang Pengurusan Prestasi kepada agensi-agensi lain dari semasa ke semasa.

d. Membantu penyediaan pencapaian kad skor korporat dalam Buku Laporan Tahunan KWSP.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Perakaunan / Kewangan / Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan & Perancangan Strategi atau bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman  dalam bidang perancangan korporat.
  • Mempunyai interpersonal yang baik, termasuk kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.

STATUS JAWATAN
Tetap / Kontrak

PROSEDUR PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menghantar resume yang lengkap melalui emel ke:

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

2. TIMBALAN PENGURUS (STRATEGI)

RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan, penyelarasan penggubalan dan pelaksanaan pengurusan Pelan Strategik KWSP.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

A. Pembangunan Pelan Strategik (Market and Business Intelligence)

1. Menyediakan analisa-analisa statistik sebagai input kepada Pelan Strategik KWSP.

2. Membuat kajian persekitaran dalaman KWSP seperti sumber manusia,pengurusan kewangan dan sebagainya untuk dijadikan input kepada Pelan Strategik KWSP.

3. Mengadakan hubungan dengan pihak ketiga berkaitan dengan statistik dalaman dan luaran KWSP.

4. Menyediakan kertas-kertas cadangan berkaitan amalan terbaik industri, menganalisa maklumat dan mengenal pasti peluang dan cabaran bagi membantu Pengurusan dalam pembangunan Pelan Strategik organisasi.

5. Menyelaras pembangunan Pelan Strategik organisasi termasuk mengaturkan sesi perbincangan dengan semua jabatan, menganalisa maklumat, membuat rumusan dan membentangkan cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan mendapatkan kelulusan Lembaga.

B. Pelaksanaan Pelan Strategik

1. Membantu menyelaraskan perbincangan dengan Strategic Initiative Office (SIO) dan jabatan terlibat dalam mengenalpasti inisiatif strategik (SI) baru.

2. Meningkatkan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Strategi dan Balanced Scorecard.

3. Menyelaras program komunikasi, perkongsian ilmu, latihan berterusan serta menyediakan saluran maklumbalas yang berkesan.

REQUIREMENTS

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Perakaunan / Kewangan / Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan & Perancangan Strategi atau bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman  dalam bidang perancangan korporat. 
  • Kelulusan dalam Sarjana/Doktor Falsafah merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai interpersonal yang baik, termasuk kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.

STATUS JAWATAN

Tetap / Kontrak

PROSEDUR PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menghantar resume yang lengkap melalui emel ke: