Harap Korang Bersabar Kalau Berdepan Dengan 5 Karenah Majikan Ini Sewaktu Temuduga
# Pengetahuan Interview

Harap Korang Bersabar Kalau Berdepan Dengan 5 Karenah Majikan Ini Sewaktu Temuduga

post by null

by Admin

Apr 26, 2016
pada 1:00 AM

Sebenarnya  bukan calon-calon sahaja yang banyak kerenah, majikan pun ada tau sewaktu sesi temuduga. Ya lah, mereka pun manusia juga kan? Bagi mereka yang pernah ada pengalaman menjalani sesi temuduga sebelum ini mungkin dah tahu karenah-karenah majikan yang boleh menganggu konsentrasi sewaktu temuduga dijalankan.

Namun bagi yang baru melangkah ke alam pekerjaan, perkara ini agak janggal bagi mereka walaupun sudah membuat persediaan rapi sebelum hari temuduga dijalankan. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan perkara sedemikian untuk menguji korang tahap keyakinan korang.

Jadi, buat persediaan awal dari segi fizikal dan mental sebelum korang melangkah masuk ke dalam bilik temuduga nanti, sekurang-kurangnya satu dalam lima karenah yang kami akan kongsikan ini pasti ada! 

1. Terlalu Serius

Ada segelintir majikan muka bengis, korang cuba lah mesra dengan mereka walau bagaimana cara sekalipun. Ada juga yang mencelah sewaktu korang sedang memberikan penjelasan dengan bertanyakan semula soalan berdasarkan isi kandungan yang dijelaskan. Jenis majikan ini adalah yang paling ketara untuk menguji tahap keyakinan korang.

Jangan tunjukkan reaksi takut atau gerun terhadap majikan itu, pastikan korang sentiasa nampak cool dihadapan mereka. Ingat! Ada yang sehaja, ada juga yang memang berperangai begitu. Oh ya! kalau nak maintain cool pastikan berpada-pada, jangan cuba buat lawak bodoh di hadapan mereka. Selain itu, ada juga majikan yang....

2. Terlebih Santai Macam Berbual Dengan Kawan

Cara perbualan mereka yang tidaklah terlalu formal, boleh berbual dengan baik tapi dalam masa yang sama sebenarnya inilah taktik yang paling halus majikan lakukan. Kalau dilihat dengan mata kasar mereka habiskan waktu dengan melawak dan berbual. Ini sebenarnya juga peluang untuk korang 'cucuk' majikan bagi mereka tertarik dengan korang. 

Cuma macam kami katakan tadi, ini taktik paling halus untuk mereka uji korang. Jangan terlalu banyak cakap kosong dan melawak serta jaga batasan korang. Santai-santai pun tetap temuduga.

3. Miang Tak Bertempat

Ada yang acah-acah romantik, ini selalu terjadi kepada calon-calon wanita. Kalau mereka mula tanya soalan yang pelik-pelik dan beri reaksi yang mencurigakan itu maknanya majikan tu memang gatal. Takkan ada majikan yang ingin menguji calon-calon dengan cara begini, korang pun patut jaga pemakaian sewaktu temuduga agar tidak menjadi 'mangsa' majikan yang sebegini.

Ermm..tapi zaman sekarang bukan perempuan je tau, lelaki pun ada. Jadi jaga-jaga ya kalau lihat majikan terlebih 'mesra', korang nilaikan lah sendiri sama ada sesuai untuk bekerja disitu atau tidak.

4. Jenis Yang Busy Banyak Job

Selalu kita dengar masalah calon-calon tak reti-reti nak silent kan telefon bimbit sewaktu temuduga. Tapi sebenarnya ada sahaja majikan yang buat perangai macam tu, baru nak cakap ada orang call, nak tak nak kenalah sabar sebab kita yang nak kerja dengan dia. Yang paling geram sekali, dia suruh kita teruskan bercakap walaupun tengah on call dah habis dia minta kita ulang.

Haiihh, sabar je lah kalau dapat majikan yang macam ni. Itu sebablah dia nak tambah pekerja untuk tolong dia kot. Hehe!

5. Psycho!

Ada yang sengaja mahu takutkan korang, mereka menganggap jawapan bagus yang kamu berikan itu semua hanyalah dusta semata-mata ingin dapatkan pekerjaan tersebut. Mereka akan 'ganggu' korang dengan cara pekerjaan mereka yang penuh tekanan kononya syarikat ini sangat tough dan dia mengakui bahawa dia menyesal bekerja disitu. 

Mereka cuba memeperlekehkan syarikat tersebut, tapi korang jangan ambil serius kerana mereka hanya mahu menguji korang sahaja. Kebanyakkan majikan yang melakukan perkara sedemikian sebenarnya adalah orang yang paling baik dalam syarikat. Silap-silap dialah BFF korang masa kerja nanti.