3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)
# Jenis Pekerjaan

3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)

post by null

by Admin

Apr 27, 2016
pada 10:28 AM

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah adalah sebuah majlis tempatan yang telah di tubuhkan pada tahun 1953. Bermula dari sebuah pusat pentadbiran kecil yang kemudiannya digabungkan menjadi Majlis Tempatan, kini Johor Bahru Tengah telah mencipta sejarah sekali lagi apabila diisytiharkan sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bertaraf Perbandaran. MPJBT kini menawarkan jawatan kosong seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : RM 1, 688.00) ; dan

(d) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. Pegawai sedang bekhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) Mempunyai kelayakan di perengan 1 (c) dan (d) di atas ; dan

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi mengikut gaji minimum - maksimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


2. Pembantu Kesihatan Awam U17/U22

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan (Gaji Permulaan pada gred U17 : RM 975.00) dan

(d) Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi mengikut gaji minimum - maksimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


3. Pembantu Penguatkuasa N17/N22

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : RM 928.00) ;

(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan alam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : RM 928.00) ;

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan. dan

(e) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi mengikut gaji minimum - maksimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

B. PEMBERIAN ELAUN DAN KEMUDAHAN

i) Imbuhan Tetap Perumahan

ii) Imbuhan Tetap Khidmat Awam

iii) Bantuan Sara Hidup

C. CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah secara on-line di laman web Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah iaitu www.mpjbt.gov.my

ii) Sebarang masalah berkaitan penjawatan sila hubungi Encik Azrullail bin Masijan di talian 07-5555205 Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

iii) Sebarang kemusykilan sila hubungi En. Ahmad Saufi Bin Abd Rahim ditalian 07-5555183 / 07-5555186 (pej) Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah