Ini 2 Punca Sebenar Anda Gagal Temuduga!
# Pengetahuan Interview

Ini 2 Punca Sebenar Anda Gagal Temuduga!

post by null

by Admin

Apr 30, 2016
pada 10:49 AM

Ada banyak faktor yang dilihat mampu menyebabkan anda tidak dilihat sebagai calon yang paling sesuai dipilih. Perkara paling mudah yang  menyebabkan anda di 'reject' adalah saat ketika anda masuk bilik temuduga.

Keterampilan & Komunikasi Salah

Dengan keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang amat kurang. Oleh itu, anda perlu ketahui dan belajar ilmu ini. Ingat, pihak penemuduga adalah manusia dan selagi ianya bernama manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan anda maka jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang dinamakan 'First Impression'. Dengan cara komunikasi yang lemah, anda telah mensia-siakan peluang terbaik anda untuk beritahu pihak penemuduga tentang kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria pekerja yang mereka inginkan.

Body Language Salah!

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurang meyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja. Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan anda gagal dalam sesi temuduga.

Usah terkejut, hal ini juga yang sering dibualkan tentang kenapa anda gagal dalam temuduga. Kebanyakkannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel temuduga. Ya...ia nampak simple tapi kesannya boleh buatkan anda hadir temuduga berkali-kali dan gagal juga berkali-kali.