Perintah Gaji Minimum 2016 : 30,000 Pekerja Mungkin Dipecat
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Perintah Gaji Minimum 2016 : 30,000 Pekerja Mungkin Dipecat

post by null

by Admin

May 2, 2016
pada 1:48 AM

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap agar perlaksanaan jadual Perintah Gaji Minimum (PGM) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini ditangguhkan. Menurut Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan akan dikenakan tindakan pembehentian kerja oleh majikan.

Ini kerana majikan terpaksa menanggung kjos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.

"Kemungkinan besar mereka akan melakukan 'retrenchment' sebelum Julai"

Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan "retrenchment" sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada Bernama semalam..

Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sepanjang tahun lepas... 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.

Shamsuddin berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

"Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.

Beliau berkata, situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.