HR Bongkar 5 Sebab Kenapa Calon Gagal Masa Interview Walaupun Dah Menepati Semua Kriteria
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

HR Bongkar 5 Sebab Kenapa Calon Gagal Masa Interview Walaupun Dah Menepati Semua Kriteria

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 22, 2022
pada 1:25 PM

Terasa nak tukar kerja, dalam iklan tu mengatakan mahukan orang yang bepengalaman dan memiliki sesuatu kemahiran yang lebih spesifik, itu semua tiada masalah pada diri korang sebab korang memang dah cukup arif dalam semua bab tu. Pendek kata, tunjuk resume sahaja dah layak, baru hantar resume tak sampai 5 minit, majikan/hr dah hubungi kerana diri seseorang calon itu sudah adalah ciri-ciri yang syarikat ingin. Tapi, harapan majikan bahkan diri calon sendiri untuk menyertai syarikat tersebut terkubur apabila majikan tolak mentah-mentah permohonan kerja setelah sesi interview berjalan.

Manakan tidak, ada 'senjata' tapi sikap kelaut. Tak bermakna kalau kita dah menepati kriteria yang dimahukan oleh majikan tersebut kita dah jamin diri kita akan dapat, selangkah kaki ke dalam syarikat tersebut belum tentu menjamin sebelah kaki lagi dapat masuk. Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja

 

Tonton Video Selanjutnya

 

1. Datang Lambat

Sikap tidak menepati masa itu diibaratkan 'dosa' paling besar dalam pekerjaan, tak kisahlah berpengalaman mahupun tidak, majikan dah anggap bahawa diri anda tidak berdisiplin. Kalau lambat 5 minit mungkin boleh dimaafkan, tapi seeloknya cuba hormati masa majikan. 

2. Bawa Ahli Keluarga 

Tak salah bawa ahli kelaurga tu, tapi kalau boleh suruh mereka duduk di ruang menunggu, bukannya bawa sekali kedalam bilik interview. Ada calon yang melakukan perkara sedemikian, bawa ibu masuk ke bilik interview malah ibunya punya yang jawabkan. Persoalannya, siapa yang nak kerja sekarang?

3. Pasif

Waktu interview adalah waktu dimana kita perlu 'jual diri' kita di depan mata majikan, janganlah terlalu pasif, atau tunjukkan bahawa diri kita macam tak berminat dengan kerja tersebut. Andaikata anda dah terima tawaran lain, jangan buang masa majikan untuk interview dengan anda. 

4. Tak Bawa Resume Sebab Dah Email

Ya, majikan ada pegang resume yang anda dah email kan, tapi emreka juga mahukan yang terbaru jika ada sebarang maklumat mengenai diri yang telah di kemaskini. Kesalahan paling daif ini memang benar-benar  berlaku. Ada yang hanya memberikan 'pendrive' sahaja kepada majikan dengan alasan tak sempat.

5. Biadap, Tak Ikut Protokol Interview

Tak matikan telefon, bahkan jawab panggilan juga, itu adalah satu kesalahan yang tak boleh dimaafkan. Mungkin kita masih bekerja dan ada urusan penting tetapi, kena hormat sesi interview tu. Lebih teruk kalau panggilan itu adalah atas dasar peribadi. 

6. Memburukkan Majikan Lama

Kalau dah memburukkan majikan lama, segala hal dalaman, bergossip pasal boss, sah-sah majikan sekarang akan nilai mungkin terkena pada diri mereka pula pada masa akan datang. Sikap yang tak professional inilah yang boleh mendatangkan toksik dalam syarikat. 

Pendek cerita dari segi teknikal; memang calon itu berpotensi namun, kalau 'attitude' kelaut pun tak guna juga majikan ambil bekerja. Waktu interview ini lah majikan 'bersua kenal' dan diri akan diperhatikan dari pelbagai sudut. Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja