Jangan Berani Bermulut Celupar 7 Ayat Ini Di Airport Kalau Tak Nak Masuk Jail!
# Gaya Hidup

Jangan Berani Bermulut Celupar 7 Ayat Ini Di Airport Kalau Tak Nak Masuk Jail!

post by null

by Admin

May 8, 2016
pada 7:01 AM

Bila dikatakan pasal lapangan terbang, pasti tujuan utama korang nak holiday kan? Sedang dalam mood excited ini pastikan kawal emosi dan jaga percakapan jika berlaku sesuatu perkara kurang menyenangkan terhadap diri korang. Kata-kata celupar akan dianggap sebagai ancaman dan boleh mendatangkan bahaya.

Ekoran dengan kejadian letupan bom yang pernah perlaku di sebuah lapangan terbang Brussels Airport, Zaventem yang meragut nyawa 32 pengunjung serta kejadian misteri kehilangan pesawat yang dianggap berkaitan dengan keganasan di negara ini. Ia mendatangkan rasa trauma kepada orang ramai termasuk anak kapal sendiri. 

Pernah berlaku di mana seorang wanita ditahan reman kerana mengeluarkan ayat kesat yang berbaur ancaman walaupun tanpa ada sebarang niat dan tak disengajakan. Kejadian ini berlaku sekitar tahun 2014, bak kata pepatah "kerana mulut, badan binasa". Jadi, jangan berani bermulut lancang menyebut 7 perkataan ini ketika di Airport! Atau destinasi percutian korang akan beralih ke gerigi besi.

1. Ala..Bukan Ada BOM Pun!

2. Jangan Pegang Beg Saya, Nanti Meletop baru Tahu

3. Nak Risau Apa, Saya Tak Hijack Pun Kapal Ni


4. Saya Letupkan Kapal Ni Baru Tahu

5. Saya Ada Senjata

6. Serangan Pengganas

7. Nuklear

Mungkin niat nak bergurau tapi lain pula jadinya. Nasihat kami kalau boleh elakkan bergurau dengan cara begini.