"Ikat Perut Sekeluarga Belanja RM10 Untuk Seminggu" - Lelaki Ini Tergamak Gadai Barang Kemas & Cincin Perkahwinan Isteri, Tapi Sebenarnya...
# Trending Semasa

"Ikat Perut Sekeluarga Belanja RM10 Untuk Seminggu" - Lelaki Ini Tergamak Gadai Barang Kemas & Cincin Perkahwinan Isteri, Tapi Sebenarnya...

post by null

by Admin

May 8, 2016
pada 7:20 PM

Ya, tak pernah kami sangkal bahawa tanggungjawab suami sememangnya sangat besar sehingga apa yang berlaku didalam rumahtangga merupakan tanggungjawab dan tugas encik suami.

Bagaimanapun, tindakan lelaki ini yang sanggup menggadai barang kemas dan cincin perkahwinan isterinya semata-mata kerana kesempitan hidup benar-benar membuatkan kami terkedu dan terkesima.

Inilah pengalaman seorang lelaki yang bernama Amran ini. Dek kerana kesempitan hidup yang menekan dirinya setelah berhenti kerja dan perniagaannya gagal, dia pernah mengikat perut dengan berbelanja sebanyak RM10 selama seminggu. 

'Ketika saya berhenti isteri saya sedang hamil anak pertama kami'

Hati mana yang tek terkesan melihat kepayahan dan kesusahan suami kan? Untuk pengetahuan anda, Amran berhenti kerja sekitar tahun 2007 yang lalu dan ketika itu isterinya sarat mengandung anak pertama mereka.

"Saya mengambil keputusan berhenti kerja sekitar tahun 2007 yang lalu."

"Saya akui, keinginan untuk menaikkan taraf hidup dengan bekerja sendiri bukanlah sesuatu mudah seperti disangka. Ketika saya berhenti isteri saya sedang hamil anak pertama kami."

"Saya mula fikir untuk berniaga dan ketika itu hanya mempunyai RM20,000 dalam simpanan dan saya gunakan modal ini untuk memulakan perniagaan IT kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di syarikat telekomunikasi selama empat tahun.Saya menyewa sebuah bilik kecil di tingkat 3 di sebuah lot kedai bagi menjalankan operasi perniagaan IT saya"

'Belanja RM10 untuk seminggu. Kami tidak keluar rumah sebab hendak isi minyak kereta pun tidak mampu'

Menurut Amran lagi, ada satu ketika dia dihimpit beban hutang yang menggunung sehingga dia tak mampu untuk keluar dan mengisi minyak kereta. Kehidupan mereka mampu bertahan berbekalkan RM10 untuk seminggu.

"Hidup kami sekeluarga semakin sempit, berbulan kami tak mampu membayar sewa rumah termasuk kereta.Pernah satu ketika kereta saya ditarik bank, selepas bertungkus lumus meminjam wang disana sini dan membayar semula tunggakan, keesokkan harinya kereta isteri saya pula ditarik bank...Terduduk diam bisu kami sebentar mengenangkan duit yang dipinjam belum dibayar lagi, inikan pula nak meminjam duit lagi untuk kereta isteri."

"Sukar ingin digambarkan tekanan yang saya hadapi ketika itu apabila jumlah hutang meningkat dan mahu ataupun tidak saya perlu fikirkan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan lah, ada ketika hanya tinggal RM10 dalam saku, kami ikat perut sekeluarga berbelanja RM10 untuk seminggu. Kami tidak keluar rumah sebab hendak isi minyak kereta pun tidak mampu. Kami catu segalanya kerana terpaksa berjimat kerana hendak pastikan keperluan bayi kami."

"Kami juga tidak mampu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung, segala majlis keraian mahupun perkahwinan saudara mara dan kawan kami tak dapat hadiri kerana tiadanya wang untuk bergerak kemana-mana ketika itu. Begitu hebat sekali dugaan Allah yang diturunkan kepada kami, terasa ketika itu kami begitu kerdil didunia ini. Tidak terbilang ntah berapa kali isteri saya mengalirkan air mata dan saya juga hampir-hampir putus asa untuk terus  berada didalam bidang perniagaan."

Gadai Barang Kemas Isteri Termasuk Cincin Perkahwinan!

"Masalah utama kami ialah modal, bayar kereta pun kami sudah tidak mampu, hutang pula keliling pinggang.Isteri saya tidak sampai hati dan menyerahkan semua barang kemas hadiah perkahwinan kami termasuk cincin kahwin untuk digadaikan sebagai modal permulaan."

"Saya juga bernasib baik adik beradik saya lain ada bantu sedikit untuk beli stok kerongsang. Alhamdulillah... Saya sedikit lega apabila penjualan kerongsang saya mendapat sambutan yang memberangsangkan pada jualan yg pertama kali dibuat kerana hampir 90% stok habis dijual. Saya berjaya memulangkan modal pinjaman dari adik beradik dan dalam masa enam bulan perniagaan beroperasi kami berjaya mengumpul hampir RM50,000 hasil jualan kerongsang tersebut."

Namun, Segalanya Sudah Berakhir & Kini Sebenarnya Amran Merupakan Pemilik AquaNano, Ada 140 Cawangan!

Akhirnya, setelah pelbagai jenis dugaan dan cabaran, Amran kini sudah berjaya merealisasikan impian isterinya yang ingin membuka kedai dobi. Kalau anda nak tahu, Amran merupakan pemilik dobi AquaNano tau!

"Kami mula bisnes dobi tanpa sebarang pengalaman dan selama lima bulan pertama kami berhadapan dengan kerugian.  Kami tidak tahu standard operasi yang betul dan pelan pemasaran yang berkesan."

"Saya dapat idea untuk membuat kursus dan seminar perniagaan dobi bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini. Niat kami hanya mahu membantu serta berkongsi ilmu supaya mereka tidak mengalami kerugian seperti yang kami lalui."

"Alhamdulillah daripada sedikit hingga kini lebih 2000 orang peserta telah menyertai kursus dan lebih 400 buah kedai dobi yang telah berjaya kami bantu bangunkan,"

Kalau anda nak tahu, sehingga kini AquaNano telah mempunyai sebanyak 140 outlet diseluruh Malaysia dan juga Indonesia. Amran memasang impian yang sangat tinggi agar AquaNano menjadi pilihan jenama no.1 bagi perkhidmatan Dobi di Malaysia dan semakin berkembang pesat serta bakal memiliki penambahan 50 cawangan baru didalam tempoh 2 tahun ini. Syabas Amran! Kisah yang penuh inspirasi dan mengajar kami nikmat untuk bersyukur dengan apa yang ada sekarang!

Sumber Foto : Amran Shah Idris