5 Sebab Majikan Memang Tak Nak Ambil Korang Dari Awal Lagi Walaupun Ditemuduga
# Pengetahuan Interview

5 Sebab Majikan Memang Tak Nak Ambil Korang Dari Awal Lagi Walaupun Ditemuduga

post by null

by Admin

May 10, 2016
pada 2:59 AM

Hantar resume, majikan call korang untuk datang temuduga. Sejurus sahaja majikan letak telefon, mereka dah rancang awal-awal untuk tak nak ambil korang. Ya! Korang pergi temuduga itu sebenarnya hanyalah sia-sia. Tanggapan mereka mungkin akan berubah, tapi kebanyakkan majikan dah boleh ramalkan sikap korang sewaktu temuduga.

Apa yang korang dah buat? Mungkin sebenarnya korang ada terlepas cakap, cara percakapan dan tingkah laku korang sewaktu temuduga itu tak betul. Tapi kami yakin dalam bab tingkah laku temuduga, korang mesti dah tahu kan? Kami pun ada banyak kongsikan dalam artikel kami sebelum ini.

Cuma kami nak kongsikan elakkan dripada berbuat perkara begini sewaktu majikan menghubungi korang sewaktu temuduga.

1. "Ermm, Syarikat Awak Ni Buat Pasal Apa Eh?"

Mungkin syarikat itu syarikat baru dan korang belum mengenali nama syarikat tersebut. Kalau tak tahu pastikan buat kaji selidik dahulu sebelum memohon di syarikat tersebut, jangan terlalu tunjukkan sikap ignorant itu di hadapan semua orang.

Ada sesetengah majikan boleh manjawab dengan baik, ada sesetengah yang akan terus letak telefon dan kebanyakkannya akan panggil temuduga tapi mereka hanya beri harapan palsu kepada korang! Lagi satu, penggunaan bahasa itu memang kurang sesuai, cara percakapan yang kurang sopan. 

2. "Ye! Bila Temuduganya? Tak Dengarlah!"

Mungkin liputan di tempat kamu kurang jelas, dan waktu itu kamu sedang sibuk atau berada di dalam mood yang kurang baik.Semestinya majikan akan tanya berulang kali kepada kamu soalan yang sama kerana kurang jelas, jangan melenting! Jaga tingkah laku serta nada percakapan korang, majikan nak beri peluang tapi kornag dah sia-siakan peluang itu!

3. "Esok Saya Tak Dapat Hadir, Lusa Boleh? Sebab Esok Ada Interview Kat Tempat Lain"

Mereka rasa korang tak serius untuk bekerja dengan mereka, dan mereka buka peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

4. "Berapa Gaji Saya?"


Belum temuduga, tak ditanya lagi dah mula tanya pasal bayaran gaji. Zaman sekarang kerja bukan senang nak dapat, jadi sabarlah kalau korang terdesak sekalipun majikan bukannya ambil kisah pasal masalah korang pun.

5. "Hari Ni Saya Macam Tak Ada Mood Lah, Esok Boleh?"

Jawatan yang korang mohon itu mungkin memerlukan sense of urgency yang kuat, jadi majikan segaja telefon korang secara mengejut. Kalau alasan beginilah korang bagi kepada majikan. Mana-mana syarikat pun tak sudi ambil korang bekerja.