Lelaki Ini Beri Contoh Permohonan Kerja Melalui Email & Dia Telah Berjaya. Jom Jadikan Panduan!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Lelaki Ini Beri Contoh Permohonan Kerja Melalui Email & Dia Telah Berjaya. Jom Jadikan Panduan!

post by null

by Admin

Jan 10, 2022
pada 3:26 PM

Nak tulis email untuk memohon pekerjaan bukan senang. Nak-nak zaman sekarang ni, English kena canggih, bahasa kena power! Namun, apa yang dilakukan oleh lelaki ini benar-benar membuatkan kami teruja.

Siap beri contoh email yang ditulis olehnya tau! Apa lagi, jomlah tiru! Huhuhu.

Ini merupakan permohonan kerja melalui e-mel yang membolehkan saya menembusi industri minyak & gas yang mana umum mengetahui sangat sukar untuk ditembusi.

Ini merupakan salah satu daripada beratus jika bukan beribu permohonan yang diterima oleh Technip Geoproduction (M) Sdn. Bhd. dan permohonan saya telah disenarai pendek kepada lebih kurang 80 calon untuk ditemuduga. Dan dari 80 calon yang ditemuduga, dengan izin ALLAH saya di antara 17 orang yang diterima memulakan ‘on-the-job’ training. Permohonan saya ini telah disenarai pendek oleh pakar HR – Bahagian Pengambilan (Recruitment), Cik Puan Halizah Bahroddin. Mungkin beliau boleh kongsikan apakah kelebihan permohonan saya sehingga membuatkan beliau menyenarai pendek permohonan saya.

Dengan merujuk kedua-dua gambar ini, ada beberapa perkara yang anda semua perlu belajar dan perlu buat untuk permohonan kerja anda pada masa akang datang:

1. Alamat E-mel Professional

2. ‘Subject Header’

3. Isi Kandungan E-mel (E-mail Cover Letter)

  • Pengenalan diri secara ringkas,\
  • Pengalaman praktikal/kerja,
  • Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
  • Butiran untuk dihubungi, dan
  • ‘E-mail signature’

4. Lampiran (yang BERSAIZ KECIL!!!)

  • ‘Cover Letter’
  • Resume’ 
  • ‘Recommendation Letters’ (ini insiatif saya sendiri untuk mendapatkan surat sokongan bertulis dari majikan tempat saya menjalankan latihan industri).

Nota Penting: Lihat bagaimana saya namakan setiap fail dokumen tersebut. Kita cerita adab menamakan fail dokumen dalam perkongsian saya yang akan datang.