Cara Awesome Susun Sijil-Sijil & Ingat Perkara Penting Sebelum Temuduga!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Cara Awesome Susun Sijil-Sijil & Ingat Perkara Penting Sebelum Temuduga!

post by null

by Admin

May 10, 2016
pada 11:10 AM

Kami tahu, susunan sijil-sijil dan maklumat diri semasa hadir ke temuduga mungkin dianggap perkara yang remeh bagi anda tetapi untuk pengetahuan anda ianya tidak remeh dimata panel penemuduga.

Tapi, nasihat kami, sila buang mindset yang sebegitu kerana ianya merupakan perkara yang sangat penting! Jadi hari ini kami ingin berikan kepada anda beberapa tip untuk anda susun Sijil-sijil dan maklumat diri anda semasa anda hadir ke temuduga tidak kira sama ada kerajaan atau pun swasta.

Cara Susunan Sijil Ialah:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil SPM asal
  • Sijil STPM asal (jika ada)
  • Diploma asal (jika ada)
  • Transkrip diploma asal (jika ada)
  • Ijazah sarjana muda asal.
  • Transkrip sarjana muda asal
  • Ijazah sarjana asal (jika ada)
  • Transkrip sarjana asal (jika ada)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara)
  • Sijil/Surat Keterangan Ko-Kurikulum (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti)
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Nota Penting : Sila sediakan setiap dokumen diatas dengan setiap satu photocopy dan pastikan anda letakkan document diatas disatu file yang asing dan pastikan anda ingat kedudukan document diatas supaya anda tidak kelihatan kelam kabut apabila panel temuduga memintanya.

Dua Perkara Penting Yang Harus Anda Tahu!

1. Salinan Fotostat

Setiap dokument diatas sila pastikan anda fotostat dan sahkan dan disusun seperti susunan diatas dan pastikan anda letakkan di file yang berlain atau asing daripada dokument yang original.Selalunya panel penemuduga akan mengambil salinan ini jadi pastikan anda staple dengan kemas.

2. Borang Maklumat Diri Calon

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

  • Maklumat kursus yang anda pohon – seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.
  • Butir diri calon – seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll
  • Butiran keluarga – seperti maklumat bapa / suami / isteri
  • Butiran akademik – iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.
  • Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan
  • Pastikan anda mengisi kesemua maklumat yang diminta dengan kemas. 

Jadi, pastikan anda susun semua sijil-sijil anda dengan kemas dan teratur supaya boleh bakal majikan lihat dan review dengan senang! 

Sumber : Kerjaya