Ini 7 Perkara Yang Harus & Wajib Anda Lakukan Sebelum Temuduga. Ikut Turutan tau!
# Pengetahuan Interview

Ini 7 Perkara Yang Harus & Wajib Anda Lakukan Sebelum Temuduga. Ikut Turutan tau!

post by null

by Admin

May 11, 2016
pada 8:34 AM

Arghhh! Nervousnya!! Tadi HR Syarikat A call dan beritahu anda harus hadir ke sesi temuduga dua hari saja lagi! Fuh, kelam kabut dibuatnya beb.

Mana taknya, dengan tak buat preparation lagi, tak fotostat dokumen lagi, pendek kata macam-macam tak buat lagi. Nak tolak, takut tak dapat panggilan lagi. Nak-nak ini merupakan position idaman anda!

Shh, chill. Jangan panik, baca apa yang kami nak beritahu ni. Ini akan membantu anda untuk mengatur diri dan segala dokumen dalam masa yang singkat!

1. Ukur Baju Badan Sendiri

Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

2. Buat Research

Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantansan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga. Gunalah smartphone anda yang canggih tu!

3. Take Note Tempat Interview

Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. Jangan sesekali datang lambat!

4. Sediakan Pakaian Yang Sesuai

Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

5. Kebersihan

Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.

6. Susun Semua Sijil Mengikut Turutan

Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.

7. Sediakan Butiran 'Unexpected'

Sediakan nama dan lain butir mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Jadi, anda kini dahpun bersedi. Ayuh! Melangkah dengan yakin.