Cara Tulis Objektif Dalam Resume Untuk Pikat Hati Bakal Majikan
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Cara Tulis Objektif Dalam Resume Untuk Pikat Hati Bakal Majikan

post by null

by Admin

May 16, 2016
pada 7:06 AM

Tahukah anda penulisan objektif dalam resume amat penting untuk memikat hati HR dan bakal majikan? Untuk pengetahuan anda, objektif memainkan peranan penting kerana dari situ bakal majikan dapat menilai apakah visi dan misi anda dalam pekerjaan.

Jadi, sekiranya anda mahu menghantar resume, pastikan objektif ditulis dengan baik dan mampu membuka mata bakal majikan untuk memanggil anda ke temuduga.

Jelas Dengan Matlamat 

Matlamat pertama pemohon kerja adalah dengan menyediakan resume kerja terbaik yang mampu memberikan tawaran kerja sebaik sahaja mereka menghantar resume kepada bakal majikan yang berpotensi. Itu sepatutnya menjadi matlamat utama pemohon kerja seperti anda.

Selepas itu, anda seharusnya menerangkan sebab utama anda memilih pekerjaan yang anda mohon. Jika anda mempunyai pengalaman, selitkan sedikit pengalaman anda dan visi serta misi anda ingin menyertai syarikat berkenaan.

Mampu Tarik Minat

Objektif resume yang baik menurut pandangan pakar-pakar, mampu menarik minat majikan untuk mengetahui kelebihan dan kemahiran yang ada pada pemohon. Jadi, gunakanlah ayat-ayat yang kebabom seperti 'matlamat' 'kerjaya' dan sebagainya.

Tipsnya, gunakan perkataan yang mampu menerangkan kemahiran dan kelebihan yang ada pada diri anda dan padankan dengan jawatan yang tawarkan.

Jangan Tiru Orang Lain!

Ingat, jangan tiru objektif resume kerja orang lain. Ini merupakan salah satu punca objektif resume tidak memberi maklum balas yang baik kepada pemohon. Jadi, tulis objektif resume bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris terbaik anda berdasarkan keperluan syarat jawatan tersebut.

Mudah je sebenarnya nak tarik hati bakal majikan. Anda hanya perlu gunakan kepakaran dan bermain dengan ayat disulamkan dengan kemahiran yang anda ada. Jadi, kami harap lepas ni anda berjaya ya!