Remaja Ini Ajar Teknik & Cara Untuk Elak Dari Jadi Hamba Hutang
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Remaja Ini Ajar Teknik & Cara Untuk Elak Dari Jadi Hamba Hutang

post by null

by Admin

May 16, 2016
pada 8:10 AM

Hutang! Ya, hutang sememangnya membebankan! Tapi, macam mana nak hidup tanpa hutang? Mana mungkin seusia 30an sudah mampu membeli rumah dan kenderaan sendiri dengan harga cash!

Sekali fikir memang pening beb! Sebab itulah kami nak berkongsi dengan anda mengenai cara dan teknik untuk elak dari jadi hamba hutang. Remaja lelaki ini telahpun berkongsi di laman Facebooknya. Apa lagi, jom baca!

7 Cara Untuk Elak Jadi Hamba Hutang Selamanya
**************************************************

Biar papa asal bergaya. Kebanyakan anak muda sekarang suka memegang kepada prinsip ini. Mereka lebih suka nampak bergaya, nampak mewah sedangkan hutang keliling pinggang. Kau orang pulak macam mana?

Jika kau orang tergolong dalam kategori orang yang banyak berhutang, belum terlambat untuk mengubah keadaan tersebut. Bagi yang belum terjebak dengan hutang, kau orang sangat beruntung.

Jadi, apa yang kau orang boleh buat untuk elak daripada menjadi hamba hutang selamanya?

Berikut merupakan 7 tips untuk elak dan keluarkan kau orang daripada menjadi hamba hutang untuk selamanya :

***

1. Semak Balik Gaya Hidup

Jika kau orang tak mampu tambah pendapatan, kau orang kena kurangkan komitmen. Kau orang kena ubah gaya hidup. Biarlah orang lain cakap kau orang kedekut nak berbelanja asalkan kau orang tahu tangan kanan kau orang suka menderma.

Biarlah orang lain pakai kereta import mewah, kau orang pakai Axia je. Biarlah orang lain bercuti dekat Eropah, kau orang bercuti dekat Pulau Langkawi saja. Tak perlu nak bermegah-megah ataupun pura-pura kaya semata-mata untuk dapatkan pujian. Syukur dengan apa yang ada, nanti rezeki akan lagi bertambah.

2. Jauhi Kad Kredit

Jika kau orang tak pandai uruskan kad kredit jangan buat dan jangan guna. Jika sebulan terlepas bayar, profit bank akan naik. Kau perlukan kad kredit saja, tak perlukan hutang kad kredit yang tertunggak. Jika pandai memanipulasi dan gunakan sebaiknya, sila teruskan.

Gunakan kad debit saja. Kau orang ada hutang PTPTN tapi bayar tak konsisten, jangan harap kau orang nak bayar kad kredit tepat pada masanya. Tambahan pula kau orang kan sibuk travel dan juga sibuk main Facebook je memanjang. Kakakaka.

3. Sediakan Bajet

Semua orang tahu pasal buat bajet / belanjawan ni. Tapi sukar untuk laksanakan. Mulakan buat bajet ringkas seperti senaraikan semua komitmen / hutang yang perlu dibayar setiap bulan. Senaraikan perbelanjaan untuk sebulan dan juga kos sara hidup. Gunakan aplikasi My Tabung daripada BNM untuk memudahkan kau orang merangka bajet.

Jadilah orang yang bijak merancang. Dengan membuat bajet kau orang akan lebih mudah dan bijak untuk menguruskan kewangan. Sekurang-kurangnya kau orang tahu ke mana duit kau orang pergi.

4. Pembiayaan Peribadi

Fikir sekali lagi jika mahu berhutang semata-mata untuk majlis perkahwinan. 5 tahun bercinta, 50 kali makan tempat mewah, 70 kali bercuti bersama mencipta kenangan tapi langsung tak terfikir nak bina tabung kahwin?

Ternyata cinta tidak buta. Tetapi kau orang buta dek nasihat sampah pergi travel sana-sini pada usia muda. Sampai nak kahwin pun kena buat pembiayaan peribadi.

Jauhi juga pembiayaan peribadi jika mahu melabur dalam skim cepat kaya. Ataupun sebarang pelaburan yang MENJANJIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN.

5. Hidup Di Bawah Kemampuan

Anak muda sekarang baru kerja beberapa bulan je sudah nak beli kereta import mewah. Terus nak buat kad kredit. Gaji kau orang ciput. Sedar-sedar la diri. Cuba la hidup di bawah kemampuan terlebih dahulu. Tangguhkan kehendak. Simpan dan teruskan menyimpan.

Ingatlah bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kau orang boleh pilih mana yang kau orang nak. Nak hidup senang dulu atau nak susah dulu? Fikir-fikirkan ye .

6. Bayar Diri Sendiri Dahulu

Bila dah dapat gaji ataupun pendapatan, terus tolak 10% daripada gaji tersebut. Simpan dan jangan guna. Jadikan ia sebagai tabiat menabung untuk kegunaan jangka masa panjang.

Jika terguna untuk beli kehendak, gantikan balik dengan 30% sebagai denda kepada diri sendiri. Apabila gaji mula meningkat, mulakan melabur di tempat yang diyakini dan terjamin. Antaranya unit amanah ataupun ASB Financing.

7. Bersedialah Menghadapi Situasi Bahaya

Malang tidak berbau. Kita sebagai manusia tak terlepas daripada ditimpa bencana ataupun kemalangan. Jadi, kita perlu bersedia dengan perlindungan takaful. Peruntukan RM100-RM300 untuk membuat perlindungan takaful dan medikal kad.

Jangan abaikan takaful. Kau tu dah la merokok, hisap vape, tiap malam minggu melepak, malas bersenam, tidur tak cukup, air masak kurang nak minum. Jadi, pandai-pandai lah ambil medikal kad sebelum terlibat dengan apa-apa kemalangan. Beringat sebelum kena.

***

Sebenarnya pengurusan kewangan tidak begitu sukar. Kau orang untung sebab muda-muda lagi dah ada ilmu pasal pengurusan kewangan. Lagi cerah masa depan kau orang.

Jangan sampai dah bankrup, orang bank asyik telefon tak nak angkat barulah nak cari jalan penyelesaian, nak kenal erti penyesalan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian dah tak berguna.

Belajar sikit-sikit. Simpan dan berbelanjalah secara berhemah. Jangka masa panjang kau orang akan nampak hasilnya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Jadi, apa tunggu lagi. Masih merenung nasib diri ke? Merenung tanpa buat apa-apa tindakan tak guna juga. Jangan kecewa dan sedih jika dilahirkan miskin, tapi berusaha lah berubah. Kah!

Sumber : Amir Syahir