Recyle Kasut & Baju Ketika Sekolah - Kisah Lelaki Ini Mencuri Tumpuan Netizen
# Trending Semasa # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Recyle Kasut & Baju Ketika Sekolah - Kisah Lelaki Ini Mencuri Tumpuan Netizen

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Nov 13, 2019
pada 3:46 PM

Nimelesh terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan ayahnya ketika berumur 11 tahun. Ibunya pula gigih bekerja untuk menyara keluarga mereka sebagai guru tadika. Lebih menyedihkan saudara-mara hilang tanpa khabar berita.

 

 

Berkongsi melalui tweetnya, setiap tahun dia akan recyle baju dan kasut yang sama atau meminjam pada orang lain. 

Setiap kali cuti sekolah, Doktor Nimelesh akan pergi ke rumah sepupu untuk belajar. Sedangkan rakan-rakannya yang lain seronok bercuti bersama keluarga masing-masing ke luar negara.

 

 

Menurutnya, waktu itu ramai yang menjauhkan diri termasuk saudara mara sendiri. Namun apabila keluarganya sudah senang, mereka yang ‘hilang’ dahulunya kini muncul kembali.

Seakan sedar bahawa dia perlu keluar daripada kepompong kemiskinan. Kesungguhan beliau dalam menimba ilmu, dia berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang sekali gus melayakkan dirinya untuk menerima biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) sebelum melanjutkan pelajaran ke Rusia dalam bidang perubatan.

 

 

Kini beliau sedang menyambung pelajaran untuk menjadi Doktor Pakar Perubatan Keluarga.Diharapkan kisah lelaki ini mampu menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berusaha mengejar impian masing-masing.

 

Diharapkan kisah lelaki ini mampu menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berusaha mengejar impian masing-masing.