Terlibat Dalam Kemalangan? Lelaki Ini  Kongsi 5 Cara Pantas Untuk Korang Claim PERKESO
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Terlibat Dalam Kemalangan? Lelaki Ini Kongsi 5 Cara Pantas Untuk Korang Claim PERKESO

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 19, 2022
pada 10:18 AM

Korang pernah fikir tak dalam perjalanan pergi kerja tiba-tiba anda terlibat dalam kemalangan. Sudah pasti banyak kos yang perlu dikeluarkan. 

Nak baiki kenderaan lagi, nak tanggung kos perubatan lagi. Tidak kira lagi yang langgar dan tidak bertanggungjawab. Alahai kejam kan? Untuk korang lebih faham, ini Muhammad Firdaus ceritakan bagaimana pengalamannya kemalangan dengan isterinya sewaktu pergi kerja dan orang yang menyebabkan kemalangan itu pergi begitu sahaja.

Ada sebuah motor tiba-tiba pancung aku dari depan, then lepas tu dia menyelit kat celah kereta. Kemudian dia brek tiba-tiba dan lampu signal tak ada. So aku dah brek emengency tetapi tetap tak sempat dan langgar belakang dia. Aku jatuh dan dia terus pergi begitu sahaja.

 

So jangan panik!. Ni penulis nak kongsi macam mana suadara Muhammad Firduas membuat tuntutan PERKESO (SOCSO) kalau anda kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

 

 Macam biasa buat laporan polis dan simpan medical certificate elok-elok

Korang mesti sediakan penyata bank dan salinan ic, kehadiran dan slip gaji.

Lagi apa? jadi arkitek sikit buat peta ringkas dan last lengkapkan borang 34 Perkeso.

 

Senangkan setel semua, tak payah anda pening kepala sebab sekiranya anda pekerja sudah pasti anda membuat caruman PERKESO. Jadi jangan risau anda akan dapat faedahnya.  So mana-mana syarikat sila lah membuat pembayaran PERKESO tepat pada masanya untuk kakitangannya.