Jauh 100KM Pun Pelanggan Rela Datang Ke Barbershop Lelaki Ini - Kenapa Yer?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Jauh 100KM Pun Pelanggan Rela Datang Ke Barbershop Lelaki Ini - Kenapa Yer?

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Nov 14, 2019
pada 4:29 PM

Sebut sahaja mengenai barbershop sudah pasti anda tahukan ia diusahakan dan dikunjungi anak muda lebih 8o peratus.

Kenapa mereka suka sangat yer? Sebabnya di barbershop biasnaya pelanggan menjadi lebih seronok dengan dekorasi dalaman elain kekemasan gunting.

Lihat lah di Zenon Barbershop di Kuala Lumpur,bukan sahaja mementingkan perkhidmatan tetapi dekorasinya juga memberi 'feel' untuk anda.

"Abang dan saya menggantungkan gambar hitam putih pemuzik terkenal bagi memberikan rasa retro selain menggunakan kotak kayu untuk menyimpan barang dan produk agar nampak bersahaja.
"Apabila seorang pelanggan gembira dengan perkhidmatan yang kami berikan, ia tidak mengejutkan apabila mereka memberitahu sanggup menempuh perjalanan sejauh 100km semata-mata untuk memotong rambut di kedai kami," katanya.

Tambahnya, pelanggan bukan sahaja mahu bentuk dan potongan menarik tetapi mengharapkan pemotong rambut memahami kehendak mereka.

Bercakap mengenai pelanggannya, Faez memberitahu barbershop miliknya dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional dan generasi muda.

 

 

Sumber -The Star