Lihat Bagaimana Jobseeker Biadab Ini Balas WhatsApp Majikan Dengan Emoji
# Pengetahuan Pekerja

Lihat Bagaimana Jobseeker Biadab Ini Balas WhatsApp Majikan Dengan Emoji

post by Ehsan

by Ehsan

Mar 15, 2022
pada 2:18 PM

Hari ini, banyak iklan-iklan kerja kosong yang diiklankan menerusi platform-platform yang mudah dicapai oleh 'jobseeker'. Kekosongan jawatan ini juga sudah pastinya akan meninggalkan nombor telefon atau emel bagi memudahkan jobseeker menghubungi dan mengetahui lebih lanjut lagi tentang jawatan yang dipohon. 

Hal ini demikian kerana, tidak semua info, syarat-syarat, manfaat atau lain-lain boleh dimuatkan ke dalam satu iklan. Namun, situasi tidak beradab dan tidak manis lagi apabila sesetengah 'jobseeker' tidak menggunakan cara yang profesional untuk menghubungi majikan. Salah satunya seperti kes Whatsapp di bawah:

 

Adalah sangat tidak sopan cara jobseeker ini meminta kerja, iaitu dengan tidak memperkenalkan diri, menggunakan budaya (PM), dan tidak bersabar menunggu jawapan. Selain itu, membalas menggunakan emoji yang tidak sesuai adalah sangat tidak wajar dan serta merta anda boleh di'blacklist' majikan. 

Buat para 'jobseeker', jadikan ini sebagai pengajaran dan jangan sesekali buat macam ni tau!