Beri Anak Kepada Orang Lain Kerana Tak Sanggup Lihat Kelaparan, Ibu Ini Bangkit Jual Pekasam Cecah RM20K Sebulan
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Beri Anak Kepada Orang Lain Kerana Tak Sanggup Lihat Kelaparan, Ibu Ini Bangkit Jual Pekasam Cecah RM20K Sebulan

post by Ehsan

by Ehsan

Jan 1, 1970
pada 7:30 AM

Maslina Mohd Sabri atau Cik Na tidak mempunyai pilihan dan tidak mahu lagi menyeksa kehidupan anak-anaknya apabila terpaksa memberikan dua anaknya kepada orang lain.

Kesempitan hidup dan demi masa depan anak-anak itu supaya dapat hidup dalam teratur dan penuh kasih sayang setelah dirinya sendirian membanting tulang setelah ditinggalkan suami. 

"Pernah sekali terpaksa membawa anak kelima ke hospital akibat seharian tidak makan sehingga lembik tetapi ketika itu pesakit terlalu ramai. Ketika itu dalam kocek hanya ada RM2 saja, jadi saya belikan roti dan air kosong dan tidak jadi berjumpa doktor” kata Cik Na.

Tambahnya lagi, beliau membuang rasa malu dan memikirkan apa yang boleh dilakukan supaya anak-anaknya tidak kelaparan. 

Bagaimana nak makan bersama enam mulut dengan duit RM10 yang saya ada? Saya tahu takkan ada yang nak beri sahaja duit pada kita setiap hari. Saya betul-betul tawakal dengan meminjam motosikal jiran untuk pergi menjala ikan di sungai berhampiran Kem Tentera Paya Jaras, Sungai Buloh".

Dengan keadaan saya tidak pernah menjala, saya dapat seguni ikan talapia, serta saya kutip sayur kangkung di tepi kawasan itu untuk dijadikan lauk makan dengan anak-anak,” katanya lagi.

Menggunakan kemahiran yang ada Cik Na terus terfikir untuk membuat ikan pekasam memandangkan dia mempunyai bahan asas seperti beras dan asam keping untuk menghasilkan pekasam.

Sememangnya Aneka Pekasam Ikan Cik Na ini benar-benar mengubah hidup saya dan anak-anak setakat ini,” katanya lagi.

Berkongsi tentang jumlah pendapatan yang diperoleh setakat ini, Cik Na berkata perniagaannya semakin berkembang maju sehingga mampu memperoleh RM20,000 sebulan.

Tapi saya kenang jasa baik mereka yang jaga Amanda dari dalam kandungan sehingga dilahirkan, mereka yang bawa saya ke klinik. Dan saya juga ingat bahawa kejayaan saya ini adalah kerana bantuan daripada Lembaga Zakat,” ujarnya.

Maka sebab itulah kejayaannya hari ini dikongsi bersama dengan golongan asnaf yang lain dalam membantu mereka mengembangkan perniagaan ikan pekasam sekaligus memenuhi permintaan pelanggan.

Saya percaya setiap kesusahan itu sebenarnya ada yang tuhan nak kita belajar sesuatu, tapi kita sebagai manusia, kita perlu kuat. Dan sebagai ibu, sampai ke hujung nyawa akan saya korbankan demi kehidupan mereka,” ujarnya lagi.