Pernah Jadi Jurutera, Gagal Jual Baju, 'Founder' Ini Kongsi Detik Awal Bina Empayar 'Tudung Ruffle'
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Pernah Jadi Jurutera, Gagal Jual Baju, 'Founder' Ini Kongsi Detik Awal Bina Empayar 'Tudung Ruffle'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 17, 2022
pada 3:56 PM

Melihatkan kejayaan bisnes tudung jenama Tudung Ruffle ini, siapa sangka pemilik bisnes ini sebenarnya mempunyai lulusan dalam bidang kejuruteraan. Bagaimana daripada bidang kejuruteraan tiba-tiba boleh beralih kepada bisnes tudung? 

Jom kita selami kisah pemilik bisnes Tudung Ruffle ini dan bagaimana dia berjaya mengembangkan bisnesnya seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Moga-moga dapat menjadi inspirasi buat anak muda yang baru berjinak-jinak untuk memulakan bisnes sendiri. 

 

Serba sedikit tentang Hanis Arif

Anis menamatkan pengajian dalam jurusan Power Electrical Engineering di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2013. Selepas tamat belajar, Hanis cuma sempat bekerja sebagai jurutera selama tujuh bulan di sebuah syarikat kejuruteraan.

Kemudian Anis memilih untuk berhenti dan fokuskan kepada perniagaan tudung. sejujurnya, Anis tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang perniagaan kerana tidak mempunyai latar belakang keluarga yang berniaga.

Emak Anis seorang pensyarah manakala ibu saudara pula ramai yang bertugas sebagai guru. Maka ilmu tentang selok-belok perniagaan Anis pelajari melalui pengalaman sepanjang usia Tudung Ruffle ditubuhkan juga Anis berjumpa dengan orang dan lain-lain.

 

Tak menyesal berhenti kerja sebagai jurutera?

Anis berasakan inilah baby (perniagaan tudung) Anis. inilah yang Anis usahakan dari kosong hingga alhamdulillah semakin berkembang. Terus-terang Anis katakan bahawa Anis tidak boleh fokus melakukan dua kerja dalam satu masa.

Hanis ingat lagi, hanya bermodalkan RM50, Anis beli kain, potong dan jahit menjadi tudung. Kebetulan rumah Anis berdekatan dengan kampus UTM, jadi Anis mula menjual kepada pelajar junior.

Selepas mereka berpuas hati dan suka dengan rekaan tudung, syukur Anis mula menerima tempahan sedikit demi sedikit. Dan Anis mulakan dengan kaedah pre-order supaya boleh rolling duit modal untuk membeli kain. sewaktu mula-mula menceburi perniagaan dalam talian (online) dahulu.

Ketika bekerja sebagai jurutera dahulu, Anis tidak boleh kerap membelek telefon bimbit kerana banyak bekerja di tapak projek (site). Ia banyak menguji Anis kerana perniagaan online memang memerlukan pemantauan menggunakan telefon bimbit hampir kebanyakan masa. Dan akhirnya Anis mengambil keputusan berhenti kerja dan fokus bisnes tudung sepenuhnya.

 

Kenapa dalam banyak-banyak bisnes, bisnes tudung menjadi pilihan? 

Sewaktu masih belajar lagi, Anis sudah cuba berjinak-jinak menceburi perniagaan tetapi skalanya amat kecil. Anis beli baju-baju kemudian menjualnya. Tetapi tidak menjadi kerana ketika itu Anis ikut kawan-kawan sahaja.

Bila ada kawan yang menjual baju, Anis pun turut sama menjual. Tetapi selepas difikirkan semula, pada Anis mengapa perlu menjual barang yang orang lain juga turut menjualnya? Kerana di situ Anis lihat persaingan terlalu banyak.

Dan detik permulaan Anis menjual Tudung Ruffle sebenarnya Anis menjual tudung yang tidak pernah orang jual dan tiada dalam pasaran (bawal yang mempunyai ropol-ropol). Bertitik tolak dari situlah Anis mula mereka dan tampilkan stail tudung bawal terbaru juga mengikut apa yang terakam dalam fikiran.

Jika dalam pasaran sedia ada hanya tudung bawal biasa tetapi Anis olah mengikut keperluan pelanggan kerana berdasarkan pemerhatian Anis, rata-rata pelanggan sukakan benda yang baru. Jadi, Anis perlu bijak eksplorasi, cari dan fahami lagi apa yang terkini.

 

Pesanan untuk orang muda yang ingin menceburkan diri dalam bisnes terutama bisnes tudung

Ketika awal pembabitan Anis dalam perniagaan tudung secara online, Anis berasa bertuah dan mungkin rezeki berpihak kepada Anis kerana waktu itu tidak banyak lagi jenama yang memilih medium ini untuk memasarkan produk. Dan boleh dikatakan perjalanan Anis agak mudah untuk terus membawa jenama Tudung Ruffle terus naik.

Kepada mereka yang kisah permulaannya seperti Anis, khususnya generasi muda yang tiada pengalaman dalam perniagaan, tidak mendapat tunjuk ajar daripada orang dewasa, tidak mempunyai perancangan susulan atau idea daripada ibu bapa. Andainya berlaku sesuatu kepada perniagaan yang anda usahakan, jangan sesekali mudah menyerah dan berputus asa.

Bangkitlah dan belajar berdikari. Percaya dan yakinlah ia akan membantu mematangkan kiran dan setiap tindak-tanduk kita. Setiap kejayaan yang terlakar itu bukanlah bersandarkan pada warna-warna yang cantik dan indah sahaja. Ada pelbagai warna yang akan membentuk kejayaan kita.

Apa yang Anis boleh kongsikan, adalah mulakan dalam skala yang kecil dahulu. Usah terlalu terburu-buru mahu terus sampai ke puncak. Ketahui siapakah golongan sasaran, apakah jenis produk yang sesuai dipasarkan, jangka masa sesuatu produk dalam pasaran dan sebagainya. start small, dream big.

Apa yang penting, fokus dan berusaha bersungguh-sungguh. Insya-Allah, rezeki di tangan Allah SWT, cuma kita perlu bijak menyusun langkah untuk mencarinya.

 

Sumber diambil oleh In Trend. Kredit kepada penulis, Huda Hussain.

 


 

 

KORANG NAK CARI KERJA?