Bestnya! Perdana Menteri Finland Cadang Hadkan Waktu Kerja 4 Hari Seminggu, 6 Jam Sehari
# Gaya Hidup # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Bestnya! Perdana Menteri Finland Cadang Hadkan Waktu Kerja 4 Hari Seminggu, 6 Jam Sehari

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 6, 2020
pada 2:36 PM

Bekerja 8 jam sehari atau 6 jam, Mana lagi better?

SEMUA orang tahu kerja di Malaysia rata-rata 8 jam sehari. Korang pasti tahu kebanyakan pekerja di Malaysia banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding rumah kan?

Korang rasa kalau wujud undang-undnag baru dan hadkan kerja daripada 8 kepada 6 jam sehari macam mana?

 

Jangan terkejut, pekara ini bakal menjadi realiti di Finland apabila Perdana Menterinya, Sanna Marin, 34 mencadangkan perkara tersebut dalam kabinet.

Perdana Menteri Sanna Marin

Memetik laporan Dailymail.UK, beliau turut menjelaskan panjang lebar sebab dia mencadangkan perkara tersebut.

"Saya percaya semua orang berhak untuk menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga, orang tersayang, hobi dan juga perkara lain dalam hidup mereka contohnya seperti belajar budaya baru.
"Lagipun, dengan waktu kerja yang lebih singkat, ia akan meningkatkan produktiviti mereka. Bekerja dengan bijak, bukan susah payah," kata Marin.