Tamatkan Sesi Temuduga Dengan Satu Soalan 'Simple' Ni Supaya Interviewer Ingat Anda!
# Pengetahuan Pekerja

Tamatkan Sesi Temuduga Dengan Satu Soalan 'Simple' Ni Supaya Interviewer Ingat Anda!

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

May 13, 2022
pada 7:40 AM

Tak kiralah baik macam mana sekalipun proses temuduga yang korang hadapi, bila tiba di akhir temuduga pasti akan ada situasi awkward moment sama ada nak terus balik ataupun create perbualan sebelum balik? Tapi kami nasihatkan supaya korang tamatkan proses temuduga tu dengan sesuatu yang boleh diingati oleh interviewer.

Maknanya, kalau masa pemilihan nanti, bila nak kena recall calon, mungkin mereka akan ingat 'Oh, lelaki yang tanya pasal syarikat tu kan?' Tu kira satu pencapaian positif untuk korang tau sebab interviewer ingat siapa korang.

Menurut pakar, soalan yang paling baik untuk ditanya sebelum menamatkan sesebuah interview tu adalah: 

 

“I was wondering what your best moment so far at (company name here) was?”

 

Nampak macam simple je soalannya, tapi banyak perkara yang korang boleh 'korek' dengan bertanyakan soalan begini. Korang boleh tahu sama ada interviewer betul-betul menghargai syarikat tempat dia bekerja atau sebaliknya. Korang boleh nampak pattern syarikat sebelum korang menerima sebarang tawaran kerja daripada syarikat tu. Soalan simple ni boleh dijadikan sebagai penutup yang positif untuk menamatkan interview. 

Dan sekiranya interviewer seperti 'menyembunyikan' sesuatu ketika menjawab soalan ataupun memberikan jawapan negatif, korang dah boleh mempertimbangkan sama ada nak terima kerja tu ataupun tak.


KORANG NAK CARI KERJA?