Majikan Ini 'Bongkar' Realiti Fresh Grad Minta Kerja Hari Ini, Kenapa Ramai Failed!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Majikan Ini 'Bongkar' Realiti Fresh Grad Minta Kerja Hari Ini, Kenapa Ramai Failed!

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Sep 19, 2021
pada 7:13 AM

 Majikan Ini 'Bongkar' Realiti Fresh Grad Minta Kerja Hari Ini, Kenapa Ramai Failed!

Kepada adik-adik graduan muda di luar sana, tolonglah jaga adab ketika ingin memohon pekerjaan, rasanya memang dah terlalu banyak sangat majikan complain sikap-sikap negatif mereka ini. Sudahlah peluang pekerjaan terlalu terhad, bila dah ada peluang itu di depan mata tidak pula manfaatkan dengan elok, bila permohonan tak lulus mula lah lantang "nak cari yang berpengalaman tapi tak ada peluang untuk raih pengalaman" "majikan sekarang tak adil" dan macam-macam kutukan lagi lah.


Bukan niat kami nak menjatuhkan golongan graduan muda ini tak bagus tetapi sikap sesetengah daripada mereka ini membuatkan ramai majikan ada tanggapan buruk. Buktinya majikan ini sendiri berhadapan dengan sikap graduan muda ini. Beliau menyenaraikan sifat-sifat negatif yang selalu adik-adik fresh grad lakukan, serta nasihat pedas agar korang dapat jadikan pengajaran.

Jadi, cuba elak daripada melakukan semua sikap ini apabila ingin melangkah ke alam pekerjaan nanti, kalau tak mana-mana majikan pun takkan sudi hire korang tau.

BELAJAR TINGGI TAPI INTERVIEW FAIL

Entry ni ditujukan khas buat student2 yg dah grad & nak tempuh alam pekerjaan..Aku adalah majikan (owner cmpany) yg memang berhadapan dengan ragam2 budak2 dtg interview kerja kat tempat aku..kdg2 tengok budak zaman skrg rasa sedikit kurang berkualiti & manja, gedik..

1) Nak mohon kerja tapi kerek.. Cth ayat "tempat u ada kerja kosong ek".. Hallo.. Mcm tu ke nak bercakap dengan bos & nk mintak kerja?

2) Resume xpandai buatlah.. Ish2 beljar diploma tp resume pun tak tau.and ada yg pandai buat resume tapi resume TAK MENARIK & TAK LENGKAP.Resume penting untuk latarbelakang korang..

3) Resume xlengkap, gambar tak ada.. Padahal dalam requirement dah mintak gambar diri .Mintak gmbar bukan nak tengok cantik x tapi nak tengok camne orang yg bakal bekerja tu..

4) Bila tak ada gambar dan aku mintak gambar, siap bagi gambar selfie muncung mcm mulut itiklah, pakai baju singlet dalam bilik tidurlah.. Hello, aku pantang betul yg jenis camni.. Belum apa2 lg dah tunjuk gedik & x profesional. Dah gatal sgt nak berlakikan bos-bos ke?

5) Baru tanya nak interview dah mengorat & bajet2 ambik hati cth ajak berborak2 lah.. Kasih sayang lah .Apa menda lah…

6) Interview siap tongkat2 dagu n blur..Interview pun tak bawak resume & sijil2.. Lupa katanya.. Interview mmang nak tengoklah sijil2 dan resume semua tu sebagai proof.. Dan syarikat nk salinan2 itu semua supaya senang untuk penilaian nanti..Mesti buat salinan utk diberi kpd syarikat. Faham??

7) Lepastu tanya soalan semua x tau..Sampai calculation basic math pun xtau.so apa mkna ada degree klu simple math pun x tau? Yes dgree student tak tau math darjah 3.

8) Bila dah kerja pulak pemalaslah, menjawab… Sekali tegur sekali okey.. Lepas tu minggu depan buat kesalahan sama lagi..Bila orang tegur nak panas..Ini attitude yang paling aku menyampah.. Bila gaji lewat bayar sehari tau pulak mesej tanya & suruh bayar cepat. Sehari lewat je kut…

9) Yang ni x boleh bla, bila staff lain cuti atau cover outdoor activity, yang suppost duduk office takut tinggal sorang2 dekat office..Mesej aku mintak cuti sebab takut seorang diri dekat office..Apa punya manja & mengada2 betullah..hello klu penakut sangat pergi duduk bawah ketiak mak je x payah kerja.. Siang2 hari penakut apanya..

Bakal pekerja-pekerja sekalian belajarlah jadi tough!

So kepada bakal pekerja2 sekalian belajarlah jadi tough! Jgn jadi manja sgt.Nak masuk bidang pekerjaan kena nampak anda seorang yg bijak, berani, tak manja & x mengada2. Sungguhpun dpt boss yg sporting tapi klu 1 masa dia rasa awkward dengan ko memang dia pun rasa xnk tengok muka ko lagi.. So faham2 jelah..

Bagi aku tak kisahla students degree ke diploma universiti / kolej ke, ramai sgt yg x berkualiti bila mohon kerja.. Exam 4flt, dekan tiap semesterlah..tp sebenarnya kdg2 majikan xpndang pun dekan korang tu klu cara pembawakan korang bukan seperti nak cari kerja..alam pekerjaan xsama dgn alam belajar..xguna cerdik atas kertas je..

Jangan salahkan majikan kalau nak cari yang berpengalaman walaupun pendidikan taraf spm saje tapi tengok diri dulu bagus atau tak bagus..Kadang-kadang pengalaman tu x penting pun sebab

Jgn salahkan majikan kalau nak cari yang berpengalaman walaupun pendidikan taraf spm saje tapi tengok diri dulu bagus atau x bagus..Kdg2 pengalaman tu x penting pun sebab semua boleh belajar tapi klu pembawakan diri pun xpandai, jgn salahkan majikan klu ko masih menganggur. Sebab majikan nak cari orang utk tolong uruskan syarikat dia tapi klu ko pun xboleh membawa diri, mmg orang pun takut nak ambik risiko hire ko..

Lagi satu jgn fikir nak kerja syarikat hebat saje.. Syarikat kecik xnak kerja, rela nganggur 3-4 tahun.. Kdg2 kerja syarikat hebat ni lg pening sebab ko xrasa sepak terajang antara staff lagi.. Bila ko nak naik, akn ada staff yg pijak ko.. Dan lagi 1 bila syarikat besar , peluang ko utk gaji lebih besar mybe sedikit terhad sebab bnyak lapisan yang akan tengok potential ko.. Tp klu syarikat kecil pulak tapi income bos 5-6 angka sebulan, mungkin nak bayar insentif 3-4 ratus setiap bulan untuk ko, celah gigi dia je..asalkan ko rajin buat kerja, tak curi tulang, ingin perbaiki diri & bertanggungjawab..

So fikir apa aku nak cakap ni..