Soloz Kongsi  5 Tips Nak Jadi Pemain Professional, Pertama! Paling Kurang 8 Jam Training
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Soloz Kongsi 5 Tips Nak Jadi Pemain Professional, Pertama! Paling Kurang 8 Jam Training

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

May 20, 2020
pada 4:17 PM

Dunia sekarang memang popualar dengan 'gaming' ataupun permainan video online. Kalau dulu orang beranggapan gaming ini satu perbuatan yang sia-sia dan tak mendatangkan manfaat apa-apa.

Sering kita dengar ''KAU MAIN GAME TU BOLEH BAGI MAKAN KE'' sama ada daripada ibu bapa ataupun orang sekeliling. Namun era tahun 2020 ini, semuanya berubah apabila dunia gaming berubah 360 darjah perspektif orang dan ada yang menjadikan satu kerjaya.

Soloz atau nama sebenar Faris Zakaria antara individu yang kini menempa nama di dalam area gaming atau dipanggil E-SPORT.  Mula-mula penulis sendiri rasa tak sangka kita akan mempunyai personaliti e-sukan yang boleh menyaingi populariti artis tanah air.

Tapi hari ini, kita mempunyai Faris Zakaria, 26 tahun atau ‘Maharaja Soloz’ yang sekarang mencipta fenomena tersendiri sebagai atlet e-sukan dan juga streamer Facebook Gaming. 

Pemain yang berkelulusan Diploma Computer Network itu baru-baru ini tular apabila berjaya memiliki Ford Mustang 5.0 GT. Untuk pengetahuan korang itu adalah salah satu kereta mewah idaman remaja masa kini.

"Nak jadi player ini kena profesional, jangan mudah give up kalau kalah 2 or 3 game'' ''Saya pun setiap hari tranning 8 jam sehari walaupun dah dianggap profesional. Malah profesional di luar negara main 16-18 jam sehari'' -  Soloz

Menurut soloz, setiap orang ada minat masing-masing dan kalau membuatnya bersungguh-sungguh anda akan berjaya. Soloz yang kini bermain dengan team bosskurr selalu buat streaming di facebook miliknya Soloz.

"Saya pun bukanny selalu menang bila bermain dengan team FREDO & SAIYAN tetapi MPL pertama saya jaura. "Jangan mudah putus asa dan selalu ingat rezeki bukannya selalu milik kita kadang kala Allah nak suruh kita bersyukur.

Ini dia lima sebab yang penulis rasa dia layak digelar streamer paling popular di Malaysia!

1. Humble, beli Mustang pakai selipar je!

2.Suka buat strim amal

3.Bermula dengan MyA, kini Bosskurr

4. Menang anugerah pencipta kandungan dengan tontonan tertinggi

5.Mesra peminat, tidak sombong

Untuk tonton video penuh mengenai latar belakang soloz boleh gambar ini YOUTUBE!