"Cantik Bukan Daripada Lighting Bagus"-Ungkapan Sinis Guru Ini Buatkan Ramai Kaki Selfie Sentap!
# Gaya Hidup

"Cantik Bukan Daripada Lighting Bagus"-Ungkapan Sinis Guru Ini Buatkan Ramai Kaki Selfie Sentap!

post by null

by Admin

May 23, 2016
pada 3:11 AM

Dalam kehidupan yang serba canggih kini, amat mudah untuk kita melihat persekitaran hidup yang terjadi di sekeliling kita. Sekaligus mengubah sikap manusia yang boleh dikatakan obses untuk meraih perhatian orang ramai. Antaranya, trend selfie.

Secara langsungnya, trend tersebut juga membuatkan bahawa manusia sekarang ini mudah tertipu terhadap bagi menilai 'kecantikkan' seseorang itu. Oleh itu, coretan daripada guru ini akan membuatkan kita terbuka mata dengan cara sebenar menilai seseorang. Bukan dengan cara mereka ber selfie tetapi...

Bukan melihat yang baik, tetapi yang kelemahan..

Amat mudah untuk menyunting gambar bagi kelihatan sempurna. Amat mudah juga untuk melihat cantik di bawah sinaran matahari, penata cahaya yang baik. Bila semuanya berjalan lancar,dan anda berada di dalam zons selesa. Tapi jika anda ibetul-betul ingin mengenali seseorang, caranya bukan melihat yang kebaikkan tapi kelemahannya. Cara bagaimana mereka lapar, penat dan marah. Cara mereka disakiti, tak sihat dan tersinggung. Cara mereka bergegas, melepaskan tekanan, rasa ketakutan. Lihat juga bagaimana mereka sedang susah dan dari situ anda dapat melihat sikap mereka yang sebenar.

Salah satu cara untuk mengenali seseorang itu adalah merantau dengannya.

Nabi pernah berkata, salah satu cara untuk mengenali seseorang itu adalah merantau dengannya. Dengan merantau, anda akan kekurangan tidur, stress dan tertekan. Ia akan membawa anda keluar daripada zon selesa. Disitu anda takkan jumpa penata cahaya yang baik. Jadi lihat orang itu dan anda akan kenali diri mereka yang sebenar. Kepayahan dalam hidup, tekanan dan dugaan yang dihadapi umpama mikroskop jiwa kita dimana diri kita akan 'diperhalusi'. Emas akan sentiasa jadi emas tak kiralah macam mana cara pun anda ubah.

 Jika berada didalam 'cahaya' yang tak elok dan ketika anda dalam kesusahan namun kekal lawa. Itulah kecantikkan sebenar. 

Ia amat mudah kelihatan cantik ketika kita berada dalam zon selesa dan penata cahaya yang baik. Tetapi jika berada didalam 'cahaya' yang tak elok dan ketika anda dalam kesusahan namun kekal lawa. Itulah kecantikkan sebenar. 

Sumber : Yasmin Mogahed