''Kenapa Nak Mohon Kerja Lain?'' - HR Manager Dedah Kenapa Calon Selalu Gagal Bila Jawab Soalan Ni
# Pengetahuan Interview

''Kenapa Nak Mohon Kerja Lain?'' - HR Manager Dedah Kenapa Calon Selalu Gagal Bila Jawab Soalan Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 1, 2022
pada 8:58 AM

Jika bercakap tentang tips interview, tak perlu susah-susah, google saja 'Tips Interview' di internet dan bersepahlah jawapan yang keluar. Walau bagaimanapun, tak semua jawapan yang diberikan memenuhi kehendak calon yang bakal menghadiri interview nanti. Kami sering mendapat banyak soalan berkenaan dengan interview kerja di inbox FB & Twitter kami. Bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan yang diajukan, team Maukerja mengambil peluang dengan menemuramah Puan Marlia Ramli, seorang HR Manager yang sering berkongsi hal-hal berkaitan kerja dan panduan menguruskan kewangan menerusi akaun rasmi FB beliau. 

Semoga hasil temuramah ini dapat merungkai segala pertanyaan yang terbuku dalam diri korang selama ni. 

 

1. Contoh soalan yang selalu ditanya oleh interviewer tetapi calon masih lagi gagal untuk jawab ketika hadir temuduga kerja. Boleh sertakan sekali dengan jawapan tepat yang seharusnya dijawab oleh calon. 

Antara soalan yang kerap ditanya ketika sessi temuduga adalah kenapa mahu memohon pekerjaan yang lain? Dalam kebanyakan masa, sebilangan calon cenderung untuk memberikan jawapan berbaur negative seperti pekerjaan sekarang tidak best, bos tidak bertimbang rasa, gaji semasa terlalu rendah atau penat kerana pekerjaan sekarang memerlukan staff balik lewat. Jawapan sebegini sebenarnya mengurangkan point kerana penemuduga mungkin memandang calon sebagai tidak kental, memilih, tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja atau tidak sanggup bekerja lebih masa.

Jawapan yang terbaik sepatutnya berbunyi positif seperti permohonan kerja di tempat baru adalah bermatlamat untuk mendapatkan pengalaman baru dalam industry tertentu, mencabar diri dalam kemahiran tertentu atau calon telah melawat website company yang dihadiri temuduga dan mendapati syarikat ini sangat kukuh menyebabkan calon ingin menyertai team ini agar dapat mempelajari system kerja yang lebih berstruktur. Elakkan memburukkan sesiapa atau mana-mana syarikat semasa proses temuduga. Ini memberikan reflect yang kurang baik kepada calon itu sendiri.

 

2. Bagaimana seseorang calon temuduga boleh tarik perhatian/tackle interviewer? (kriteria yang dicari oleh interviewer)

Komunikasi, komunikasi dan komunikasi. Kemahiran teknikal dalam jawatan tertentu dan kemahiran berkomunikasi adalah perlu diselarikan. Calon haruslah memiliki kemahiran teknikal dan juga soft skill. Keyakinan calon semasa menjawab soalan adalah sangat penting juga. Selain itu, penemuduga gemarkan calon yang tidak banyak songeh dan flexible. Ini bermakna calon bersedia jika perlu balik lewat, perlu travel, perlu transfer dan sebagainya.

Selain itu, gerak tubuh atau body language juga adalah penting, Calon haruslah terlihat tenang, bersedia, tidak gugup dan mampu memberikan jawapan secara instant and logic.

 

3. Apakah perangai atau attitude seseorang pekerja yang paling bos tak suka?

Bos juga adalah manusia biasa dan setiap bos memiliki cara juga expectation yang berbeza. Dalam erti kata lain, lain padang lain pula belalangnya. Namun secara amnya bos sangat menyukai pekerja yang ringan tulang, pro aktif, memiliki semangat teamwork yang tinggi, mampu menyelesaikan masalah secara positif, melihat kepada penyelesaian berbanding masalah dan berdisiplin dari segi pengurusan masa yang baik.

Berbalik kepada apakah antara attitude yang kurang disukai bos adalah staf yang tidak mematuhi arahan, gemar memberikan alasan bila ditugaskan dengan tugasan baru, melihat masalah melebihi penyelesaian, gagal menguruskan masa dengan baik, terlalu individualistic juga mengelak untuk bekerja dalam kumpulan, kaki komplen, gemar  menangguhkan kerja dan selalu mengulangi kesalahan yang sama berulangkali.

 

4. Soalan terakhir, ada pihak yang mengatakan 'lompat kerja' bagus sebab boleh tingkatkan gaji dua kali ganda. Apa pendapat Puan? Adakah bagus ataupun tidak 'lompat kerja' ni?

Ya dan tidak. Ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan calon tersebut untuk adapt kemahiran dan soft skill dalam new environment. Sekiranya calon mahu melompat kerja atas tujuan gaji semata-mata, selepas tahun ke-10 bekerja, calon akan mendapati jawatan nya mungkin stuck dalam gred tertentu sahaja. Namun ada juga kes bagi calon yang benar-benar berkebolehan, lompat kerja mampu memberikan peluang yang lebih cepat.

Namun, seperti yang saya selalu ingatkan, calon itu sendiri haruslah memiliki soft skill and technical skill yang mantap bagi bidang kerjaya yang diceburi. Bagus atau tidak untuk lompat kerja adalah bergantung kepada dua perkara ini.

Di dalam resume, jika terlalu singkat tempoh bekerja contohnya setiap 6-12 bulan bertukar kerja, ini digelar sebagai “job hooper” dan soalan ini pasti akan ditanya semasa di bilik temuduga. Maka, calon haruslah mampu menjustifikasi sebab dan membuktikan bahawa diri layak untuk mendapat peningkatan gaji dalam bentuk gandaan.

 

Tambahan: Wallah’huallam dan sekian dulu pandangan saya. Sukacita dimaklumkan bahawa pendapat saya adalah sebagai HR Manager secara peribadi dan ianya langsung tidak mengambarkan prinsip-prinsip syarikat atau mana-mana institusi.