Dah Nak Masuk U Kan? Ini 20 Pesanan Abang Senior Untuk Adik-Adik!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Dah Nak Masuk U Kan? Ini 20 Pesanan Abang Senior Untuk Adik-Adik!

post by null

by Admin

May 23, 2016
pada 4:17 AM

Pertama sekali team Maukerja nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat seterusnya, dekat Universiti nanti macam-macam korang akan lalui. Jadi sebagai langkah permulaan,sebelum menjejakkan kaki kesana .Jom baca tips perkongsian daripada orang yang berpengalaman ini!

Apapun kepada adik-adik yang tak layak, jangan outus asa sebab peluang akan sentasa ada. Teruskan mencuba ya!

#TipsMasukU

1. Jangan masuk kuliah lewat, nanti 'lecturer' cop kita malas giler

Kadang-kadang masalah ni sukar untuk  dielakkan kerana ada sebab tertentu. Datang awal ke kuliah untuk persediaan rapi sebelum memulakan pelajaran..

2. Jika salah atau lewat, mintak maaf segera dia mesti 'melting' punya.

 Cepat-cepat minta maaf dengan pensyarah. Sambil minta maaf tu, senyum la sikit supaya dia "melting" tengok senyuman memikat anda. Hehe. Kat kuliah tak sama macam sekolah, kalau lecturer tu tak suka memang boleh effect markah korang tau

3. Jangan pakai selipar, walau yang kita beli nie mahal giler

Untuk ke kuliah kebiasaannya kena berpakaian formal dan juga tidak dibenarkan memakai selipar, walaupun selipar tu berjenama. Berkasut lebih menampakkan anda kelihatan kemas dan berdisiplin.

4. Duit PTPTN bukan untuk bowling, Mcd, Kentaki dan layan movie.

Haaa... Faham betul-betul. Duit PTPTN bukan untuk semua tu ye. Gunalah sebaik-baiknya duit tersebut untuk menampung perbelanjaan seharian anda ketika berada di universiti. Niat masuk U, bukan sebab nak enjoy atau layan movie. Be a profesional student. 

5. Jangan kutuk lecturer' dalam WhatsApp group, kita tak tahu siapa pembodek agung punya.

Perkara ni memang selalu terjadi, mengutuk lecturer dalam  Whatsapp group sebab tak puas hati. Kononnya, nak luahkan perasaan kat kawan-kawan dalam group, tetapi tanpa kita sedari ada pengampu atau pembodek dalam group tu. Hati-hatilah ye.

6. Jangan tidor atas katil orang lain walau dia jarang ada.

Yup. Jangan sesekali  tidur atas katil orang lain. Masing-masing dah disediakan katil untuk individu. Jaga tingkah laku.

7. Jika kita lelaki lembut, jangan bergaul dengan kelompok kelab yang sama. Parah jadinya.

Kebanyakan pelajar yang baru masuk U, mudah terpengaruh dan kejutan budaya dan bergaul  dengan kelompok yang sama. Elakkan daripada perkara tersebut terjadi, kerana perkara yang lebih teruk akan terjadi apabila bergaul dengan kelompok  yang sama. Hehe! Faham-faham la ya!

8. Jangan pinjamkan benda yang boleh habis seperti maggi, cipsmore, pen, Colgate. Halalkan saja.

Bab-bab meminjam makanan memang lumrah dalam hidup pelajar U. Halalkan jela kalau ada kawan-kawan yang cakap nak pinjam sebab benda tu adalah keperluan harian kita. 

9. Jangan terlalu rapat dengan seorang kawan, bila dah gaduh semua jadi lawan.

 Kita akan mengenali kawan baru. Janganlah terlalu rapat dengan seorang kawan kerana dalam perhubungan itu ada pasang surutnya. Berkawanlah seramai mana yang anda inginkan. Bak kata pepatah, "Berkawan biar beribu, bercinta biar satu". Tak gitu?

10. Jangan jadi 'friend' dengan lecturer' dimedia sosial. Mereka juga tonton Melodi dan kaki gosip juga sebenarnya.

Sekarang zaman IT, bukan budak-budak muda je yang tahu mengenai media sosial. Lecturer pun sama!. Jangan baik hati sangat nak mengampu friend dengan lecturer kat laman sosial. Nanti korang jadi topik perbualan diaorang

11. 'Assignment' itu bukan maksudnya 'Buat malam sebelum hantar'.

Kebanyakan pelajar U, mereka suka menyiapkan assignment last minute. Kalau boleh, jangan selalu buat macam ni. Nanti meroyan tak tentu pasal!

12. Jangan ambil gambar kengkawan di kolej kerana pakaian selalunya tak sempurna.

Untuk pengetahuan korang, 'kolej' yang dimaksudkan itu adalah hostel atau kediaman. Jadi, tak payahlah berselfie kat bilik tu, nanti ternampak benda-benda yang tak diingini kat belakang korang tu. Kalau nak ambil pun pastikan background lawa. Tak faham? Masuk U dulu nanti baru tahu. Hehe!

13. Jangan pakai pakaian yang luar biasa, lecturer' mudah ingat. kalau tak datang kuliah mesti kena tanya.

Haaaa! Ada juga sesetengah pelajar yang suka berpakaian pelik dan benda tu akan menyebabkan senang untuk lecturer ingat kalau dia tidak datang ke kuliah. Pendeka kata tak perlu nak bergaya sakan macam pergi shopping, pakai biasa-biasa sahaja supaya korang tak jadi perhatian lecturer dan senang nak ponteng kelas. Ahakz!

14. Jangan kawan geng hipster saja, ada geng ustaz, muslimah, usrah dan geng solat disana.

Kat U, kita boleh tengok macam-macam orang dan ragam mereka yang tersendiri. Mencari kawan biarlah yang betul-betul. Jangan salah orang, nanti habis duit korang belanja, perangai pun 'hanyut'. Maklumlah jauh daripada ibu bapa lah katakan.

15. Jangan pamerkan kita anak orang kaya, belajar hidup sederhana baru orang suka.

Bila masuk U, ramai yang lupa diri dan mempamerkan dirinya anak orang kaya walaupun dia adalah sebaliknya. Bersederhana membuatkan ramai orang suka berkawan dengan kita bukan berlagak macam anak orang kaya. Sikap sedemikian tidak disukai oleh kawan-kawan yang lain.

16. Jangan mudah jatuh hati dengan abang senior, mereka baik ada makna.

Wah! Betul tu. Abang senior ni, dia baik dengan adik-adik junior ada makna yang tersirat. Jangan mudah nak jatuh hati pulak. Masuk U untuk belajar dan memperoleh kejayaan, bukan nak jatuh hati atau bercinta. 

17. Mesti bayangkan makanan dewan makan paling sedap dan lazat, itu penting sangat.

Hahaha. Bayangkan makanan dewan makanan paling sedap dan lazat untuk meningkatkan selera anda sewaktu berada di U. Yela kan, nak makan masakan mak yang sedap dan lazat dah tak dapat. So, bayangkan jela ye. Hihi

18. 'Library' tempat belajar, bukan tempat kali pertama nak berjumpa. Nak bagitau dia ulat buku lettew 

Kononnya nak macam drama la kan. Pergi library, untuk tempat pertama berjumpa dengan seseorang. Niat dalam hati betul-betul. Library adalah tempat unutk mmencari sumber rujukan dan belajar.

19. Buat group study, jika kita tak sempat salin kawan bantu ada.

Sebagai pelajar, rajin-rajinlah buat study group untuk persediaan  awal sebelum exam. Dalam bilik kuliah kadang-kadang kita tak sempat nak follow apa yang lecturer ajar. Kawan-kawan boleh tolong kalau ada yang tak faham dalam bilik kuliah apabila kita buat study group.

20. Jangan jatuh hati dengan lect yang kacak macam bangla, mereka dah jumpa beribu yang lawa setiap semester. 

Alahai... tak yah la menggatal nak jatuh hati dengan lecturer hensem. Diaorang tak berkenan pun dengan korang, percayalah.

Selamat berdaftar minggu depan, ingat kita datang nak belajar bukan nak susahkan ibubapa.