Disini kita memang tak lekang dengan kesesakkan lalu lintas, terutamanya ketika waktu-waktu puncak seperti awal pagi dan lewat petang. Bahkan ada juga sesetengah lebuh raya yang sentiasa bergerak perlahan tanpa mengira waktu. Dari situ, timbul lah sikap pemandu yang terlalu pentingkan diri sendiri sehingga ada yang memasuki lorong kecemasan tanpa memikirkan orang lain.