Susah Nak Cari Kerja? 3 Jenis Jawatan Ini Sentiasa Diperlukan Oleh Majikan
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Susah Nak Cari Kerja? 3 Jenis Jawatan Ini Sentiasa Diperlukan Oleh Majikan

post by null

by Admin

May 22, 2016
pada 7:18 AM

Pekerjaan pada masa kini begitu susah untuk diperolehi. Semua individu terpaksa melalui cabaran besar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Korang yang masih lagi belum mendapat pekerjaan, usahalah untuk mendapatkan kerja. Janganlah terlalu memilih dalam mencari pekerjaan. Setiap kerja yang disediakan itu mempunyai manfaatnya tersendiri.

Apa kata, korang cuba mohon 3 jenis jawatan kosong yang sentiasa diperlukan oleh majikan.

1. Juruwang

Juruwang adalah orang yang berurusan secara langsung dengan pelanggan mengenai pembayaran barangan yang ingin dilakukan di kaunter pembayaran. Majikan sentiasa membuka peluang pekerjaan untuk jawatan ini. Ianya merupakan jawatan yang paling banyak memberi peluang kepada korang yang masih lagi tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Tunggu apa lagi! Korang cubalah tengok kat sini untuk memohon jawatan tersebut.

2. Pembantu Jualan

Tugas sebagai Pembantu Jualan adalah mampu berkomunikasi dengan baik. Mengetahui cara bagaimana untuk menarik pelanggan supaya berminat dengan jualan yang disediakan oleh pihak majikan. Pekerjaan ini memerlukan seseorang yang pandai berinteraksi dengan pelanggan atau orang ramai di luar sana. Kalau korang berminat dengan jawatan ini, cubalah mohon di sini.

3. Anggota Keselamatan

Kebanyakannya, jawatan ini memberi peluang kepada ramai lelaki diluar sana berbanding dengan wanita. Pekerjaan ini merupakan sesuatu kerja yang baik kerana ianya menjaga keselamatan masyarakat di luar sana daripada sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Kalau ada diantara korang yang nak cuba pekerjaan ini, bolehlah singgah sekejap dekat sini untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh majikan.

Eh! Jap... Jap... Kalau kami tak silap, AEON di Mid Valley, Kuala Lumpur ada menawarkan ketiga-tiga jenis jawatan tersebut. Apa kata, korang cuba mohon kerja dekat situ. Tunggu apa lagi! Korang tekan je dekat tulisan warna biru tu. Cepat! Nanti tak sempat pula korang nak mohon jawatan-jawatan yang ada kat atas tu.