Ini Sebab Kenapa Korang Gagal Dalam Peperiksaan Online SPA
# Pengetahuan Pekerja

Ini Sebab Kenapa Korang Gagal Dalam Peperiksaan Online SPA

post by Sera

by Sera

Apr 12, 2022
pada 5:19 AM

Ini Sebab Kenapa Korang Gagal Dalam Peperiksaan Online SPA

"Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA peperiksaan memasuki Perkidmatan Awam yang telah diadakan pada.."

Pernah merasa situasi macam dekat atas tak? Pastinya korang kecewa lah kan. Siang malam study ada sampai tak tidur nak lulus ujian online SPA ni. Tapi bila keluar keputusan sangatlah menghampakan. Sedih sangat. Ya, pasti anda adalah salah seorang daripada beratus yang kecewa dalam situasi ini. Seperti yang kita tahu, ujian peperiksaan online SPA ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan diduduki serata Malaysia. Jadi, korang dah boleh bayangkan lah betapa ramainya yang ambil exam ni. Bukan korang sorang je. kalau rasa dah nak cari kerja lain, takyah pening pening 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

See the source image

Tapi, antara salah satu faktor tersebut terjadi apabila korang kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA ini. Disebabkan ini, ramai calon yang gagal dan tidak tahu menjawab soalan. Ada juga kerana masalah komputer, internet, browsing, yang lambat dan macam-macam lagi yang boleh membuatkan korang boleh gagal dalam peperiksaan ini. 

Ini belum campur lagi dengan mereka yang memang tak tahu nak jawab setiap soalan. So, "tembak" jelah jawapan sebab tak tahu nak pilih mana satu. Sebab itu ramai yang gagal, antara sebabnya perkara-perkara macam ini lah. Tiada persediaan. Tak kaji balik macam mana soalan-soalan lepas. Lepastu tak sediakan barang yang patut, contoh macam kalkulator untuk soalan math. Bila keluar soalan dah kelam kabut nak kira. Benda mudah macam ini lah yang selalu terlepas pandang. 

Peperiksaan ini adalah tahap pertama untuk memilih calon yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Cukup mudah sebenarnya pihak SPA nak menyingkirkan calon yang dah lama menantikan peluang untuk mendapatkan kerja di sektor awam. Antara tips nak menjawab soalan dengan pantas ialah bahagikan masa korang sekurangnya 9.41 saat untuk 1 soalan.

See the source image


Bayangkan ada berjuta calon yang memohon kerja dengan menggunakan laman web SPA. Setiap hari pasti ada sahaja permohonan baru. Setiap yang memohon akan ditapis menerusi beberapa kaedah oleh SPA, antaranya ialah menerusi peperiksaan online dan juga temuduga. Kalau dipanggil untuk hadapi peperiksaan online SPA ni kira anda sudah bertuah sebenarnya. Apa pun semoga berjaya bagi anda yang akan menduduki peperiksaan kelak!