''Saya Dah Interview Ramai Calon Tapi Jarang Dapat Soalan Macam Ni'' - Tips Pikat Hati Interviewer
# Pengetahuan Interview

''Saya Dah Interview Ramai Calon Tapi Jarang Dapat Soalan Macam Ni'' - Tips Pikat Hati Interviewer

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 8, 2020
pada 11:42 AM

Banyak tips yang kita selalu dapat daripada penemuduga tentang bagaimana nak berjaya ketika interview. Daripada etika pemakaian sampailah tips untuk menjawab soalan semuanya sering dikongsikan oleh penemuduga.

Menerusi akaun twitter seorang penemuduga ini, beliau ada berkongsi perkara yang jarang dibuat oleh calon semasa interview. Katanya beliau jarang mendapat soalan sebegini jika ditanya 'Ada apa-apa soalan nak tanya?.' Selalunya calon akan bertanya soal working hours dan juga gaji.

Ikuti perkongsian oleh penemuduga ini:

 

 

Berikut adalah antara soalan yang diminta untuk ditanya kepada penemuduga di hujung sesi interview.