''Bila 'Hire' Pekerja Saya Tak Tengok Pun Sijil Diorang...'' - 'Salute' Majikan Seperti Ardy Damis!
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Bila 'Hire' Pekerja Saya Tak Tengok Pun Sijil Diorang...'' - 'Salute' Majikan Seperti Ardy Damis!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 19, 2022
pada 9:34 AM

''Bila 'Hire' Pekerja Saya Tak Tengok Pun Sijil Diorang...'' - 'Salute' Majikan Seperti Ardy Damis!

Seperti lirik lagu Mantera Beradu nyanyian Malique feat. M.Nasir:

 

''ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman.''

 

Seperti itu jugalah yang diterapkan dalam diri seorang insan bernama Ardy Damis iaitu pemilik Barbershop (kedai gunting rambut) Nimroc. Kisah hidupnya yang cukup struggle ketika zaman remajanya membuatkan dia semakin membuak-buak untuk mengembangkan lagi bisnesnya. Antara harapan dan azam yang dipegang, ''Saya nak bantu anak muda yang senasib seperti saya.''

Team Maukerja sempat menemubual beliau di HQ Nimroc yang terletak di Maluri tempoh lalu. Pelbagai kisah suka duka yang dikongsikan oleh beliau bermula dari bagaimana boleh tertubuhnya Nimroc. 

Ikuti kisah selanjutnya...

 

Sedikit Latar Belakang

Nama saya Ardy Damis dan berumur 32 tahun. Saya berasal dari Bandar Baru, Kedah. Lepas habis SPM saya terus datang KL menaiki motor. Saya try macam-macam kerja seperti restoran, bar, kelab, call centre dan lain-lain. Masa saya kerja call centre tu saya dah fikir saya nak buat lebih. Masa tu saya jadi top seller kat tempat tu. Dari situ saya terfikir yang saya nak buat lebih lagi, sebab tu lah saya ambil keputusan untuk masuk dalam bidang bisnes.

 

Awal Berbisnes

Bisnes pertama saya masa tu, saya pergi Bangkok ambil baju dan jual di Downtown Cheras. Masa tu saya rasa bisnes pertama saya tu gagal. Saya pinjam duit abang saya untuk buat modal tapi bisnes saya tu slow. 

Ada satu hari tu masa saya tengah meniaga, ada peniaga kedai sebelah buat lawak, ''Bang datang bang beli baju, gunting rambut...'' Dari situ saya terus terfikir untuk buat bisnes gunting rambut sebab masa tu takde kedai gunting rambut kat Downtown Cheras. Saya fikir bisnes tu boleh tarik customer especially yang nak gunting rambut pada waktu malam. 

Tapi masalahnya saya memang takde ilmu nak gunting rambut. Jadi balik tu saya bukak youtube dan belajar tutorial 'How to cut hair?' Lepas tu saya tukar kedai jual baju menjadi kedai gunting rambut.

 

Sebagai Majikan, Apa Yang Dipandang Bila 'Hire' Staff?

Selepas apa yang jadi di seluruh dunia waktu sekarang ni, ia membuatkan saya berfikir yang jangan pernah selesa dengan apa yang kita ada. Semua orang boleh start berbisnes tapi tak semua orang boleh survive sampai 3 - 4 tahun.

Saya dulu start dari kosong, yang ada cumalah skill. Jadi bila saya mencari staff, saya memang tak tengok sijil. Saya lebih memandang kepada attitude. Saya sebagai majikan, saya nak cari staff yang boleh sama-sama bantu untuk solve masalah dan nak membangunkan company. Sebab tu lah bila masa interview saya nasihatkan job seeker di luar sana untuk tunjukkan apa skill yang korang ada yang boleh memberi manfaat kepada syarikat tersebut. Majikan sebenarnya mencari staff yang sebegini. 

 

Tonton Video Penuh: