Contoh Soalan Yang 'Wajib' Anda Tanya, Jika Nak Pergi Sesi Temuduga
# Pengetahuan Interview

Contoh Soalan Yang 'Wajib' Anda Tanya, Jika Nak Pergi Sesi Temuduga

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 1, 2020
pada 11:34 AM

Pendemik covid-19 sememang masih lagi tidak dapat dihapuskan di seluruh dunia. Walaubagimanapun, kita di Malaysia tetap bersyukur kerana, kerajaan kita mampu tangani dan berjaya mengawal kes covid-19 tersebut.

Disini maukerja nak berkongsi tentang bagaimana temuduga saat covid-19 ini dilakukan dan apa yang korang perlu tanyakan.

Semasa temuduga, kita harus bertanya mengenai kawalan syarikat tersebut mengenai covid -19 adakah pihak mereka mengikut SOP? Pertanya yang sedemikian menampakkan anda seorang yang memiliki motivasi tinggi untuk kerja kerana cakna dengan suasana kerja.

Selain pada itu, ia sekaligus memberi tanggapan kepada bakal majikan anda seorang yang alert dengan keadaan semasa dan kesihatan.

Antara soalan yang patut anda tanya adalah:

1. Pertanyaan Sebelum Temuduga Kerja

  • Semasa panggilan temuduga korang harus tanya sama ada temuduga secara online ataupun pergi kepejabat.
  • Sekiranya datang pejabat, tanya harus pakai mask atau tidak semasa temuduga
  • Adakah penemuduga memakai mask semasa temuduga 
  • Bagaimana prosuder nanti semasa datang? Adakah mesti bersalam?

2. Pertanyaan semasa temuduga

  • Bagaimana pandangan atau pendapat syarikat anda mengenai SOP pendemik covid-19 yang ditetapkan kerajaan?
  • Apa sahaja yang syarikat anda lakukan untuk mengawal kes ni dalam kalangan pekerja?
  • Adakah wajib menggunakan mask dalam pejabat ini?

Soalan-soalan diatas adalah mengenai covid-19 tidak termasuk soalan mengenai pekerjaan dan pengalaman anda. Tetapi dengan bertanya soalan yang sedemikian anda nampk peduli mengenai isu sekarang dan bukan hanya mengejar gaji ataupun pangkat.