by Haziqah Muhamad
Inilah perkara yang paling banyak dan paling kerap dilaporkan oleh majikan adalah kesalahan ketika mengisi permohonan walaupun anda mempunyai kelayakan yang cukup baik tetapi kesalah semasa membuat permohonan adalah kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.
Oleh itu kami ingin kami nasihatkan kepada anda supaya sentiasa membaca maklumat lengkap permohonan dan membaca dengan teliti cara-cara untuk membuat permohonan yang telah disediakan oleh setiap jawatan yang hendak dipohon.
Jika anda tidak melepasi syarat-syarat pelantikan bagi jawatan kosong yang hendak dipohon anda tidak perlu membuang masa untuk memohon, Membuat permohonan bagi jawatan yang anda tidak layak adalah perkara yang membuang masa anda.
Ini juga adalah salah satu sebab utama kenapa permohonan anda tidak diterima dan tidak panggil untuk ditemuduga terutamanya didalam sektor kerajaan. Apabila terjadi hal ini pihak majikan hanya akan memilih yang terbaik diantara yang terbaik dan membuat pemilihan yang paling baik diantara paling baik untuk berkerja dengan mereka.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik