Jack Ma Direkodkan Semakin Kaya Berbanding Tahun Sebelum Ini, Biarpun Virus Melanda Dunia
# Gaya Hidup

Jack Ma Direkodkan Semakin Kaya Berbanding Tahun Sebelum Ini, Biarpun Virus Melanda Dunia

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 29, 2020
pada 1:11 AM

Buat semua negara dan penduduk memang semuanya terkesan akibat pendemik covid-19. Kebanyakkan ekonomi jatuh merudum dan tidak ketinggalan juga negara kita Malaysia turut sama merasai kesakitan itu.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku buat Jack Ma selaku pengasas bersama serta bekas pengurus eksekutif Alibaba Group. Berdasarkan laporan baharu yang dikeluarkan, Jack Ma direkodkan sudah berjaya mengumpul sekitar $1.5 trilion (~RM6.23 trilion) sepajang tahun ini.

Lebih hebat, keuntungan besar yang diperoleh ini dilaporkan lebih banyak berbanding lima tahun terakhir pendapatannya sepanjang menjadi pengurus Alibaba.

Difahamkan industri e-commerce yang menerima tempahan yang berganda sejak pandemik melanda antara yang membuatkan Alibaba berjaya mengaut keuntungan yang tinggi sekaligus menguntungkan Jack Ma selaku pemegang saham.

Selain Jack Ma, dilaporkan seramai 257 individu seluruh dunia turut menyertai billionaires club setakat Ogos ini sekaligus membuatkan dunia kini mempunyai 878 bilionair dimana 626 daripadanya terdiri merupakan rakyat Amerika Syarikat.

_111926017_a072c65f-18b8-4c14-b07e-2fd0948206b0

SUMBER: BBC

Tidak cukup dengan Alibaba, Jack Ma dijangka bakal menawarkan IPO Ant Group kepada orang ramai. Pembukaan saham Ant Group dengan nilai $34 bilion (~RM141.5 bilion) ini sekaligus menjadikan saham Ant Group sebagai nilai IPO terbesar dalam sejarah serta meletakkan Jack Ma sebagai manusia kesebelas terkaya dunia.