Tak Perlu pening Buat Cover Letter, Majikan Ini Ajar Hanya Perlu Ada 3 Komponen Sahaja Iaitu...
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Tak Perlu pening Buat Cover Letter, Majikan Ini Ajar Hanya Perlu Ada 3 Komponen Sahaja Iaitu...

post by null

by Admin

Oct 6, 2021
pada 2:38 PM

Rasanya dah banyak kami kongsikan cara-cara membuat cover letter dengan betul, seperti yang kita tahu cover letter merupakan butiran ringkas diri anda untuk memohon kerja. Walaupun ringkas dan mudah ia memainkan peranan penting untuk merangsang majikan buka resume anda. 

Pastikan dalam cover letter anda ada 'isi' supaya majikan mahu mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai diri anda di dalam resume. Tak perlu ikut trend atau format jika isinya kosong. Apa yang perlu hanya 3 komponen ini sahaja. Ini perkongsian daripada majikan Ir Meor Shamshir mengenai 3 komponen tersebut, mudah saja!

Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian....

SOFT SKILLS

Ada orang tanya macam mana nak compose ayat untuk cover letter bagi resume.

Ini adalah contoh karangan yang saya rasa boleh touching majikan seperti saya. Majikan lain saya tak tahu la...

Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian WHAT, WHY & HOW.

WHAT

Siapa anda. Part ni anda perkenalkan diri dan juga disiplin anda.

WHY
Kenapa anda hantar surat ini. Part ni anda perlu beritahu hasrat menghantar surat kepada bakal majikan. Seeloknya dinyatakan rujukan iklan jawatan kosong berkenaan. Part ini jika diulas dengan baik, akan menampakkan anda memang berminat dengan jawatan di syarikat ini, bukan main hantam saja!

HOW
Bagaimana untuk menghubungi anda. Part ni nak bagitahu bagaimana untuk mengenali anda dengan lebih dekat dan bagaimana untuk menghubungi anda.