Wanita Tular Buang Sampah Ke Sungai, Rupanya Itu Bungkusan Saka?
# Trending Semasa

Wanita Tular Buang Sampah Ke Sungai, Rupanya Itu Bungkusan Saka?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2021
pada 5:43 PM

Banjir baru-baru ini mengakibat ramai individu terkandas di kampung halaman mereka. Mana tak nya, banjir kali ini berlaku pada musim cuti tahun baru. Bila ramai nak pulang semula dari kampung halaman, banyak pulak jalan raya tutup dan rosak akibat bencana itu. Sehingga hari ini pun, kawasan di negeri Kelantan, Pahang dan Johor telah banyak dinaiki air. Wanita Tular Buang Sampah Ke Sungai, Rupanya Itu Bungkusan Saka?

 

Ekoran dari keadaan itu, ada pulak beberapa kejadian yang tidak sedap kita dengari. Baru-baru ini, tular di media sosial hasil rakaman video dari orang awam mengenai seorang wanita membuang dua bag plastik yang dipercayai sampah ke sungai. Video yang berdurasi selama 20 saat itu mendapat lebih 23 ribu retweet dan 12 ribu likes di Twitter.

 

Ramai warganet mencemuh perbuatan itu kerana menambahkan lagi sebab berlakunya banjir. Tidak kurang juga yang mengaitkan perangai ini dengan faktor kenegerian kerana rakaman video menunjukkan nombor plat kereta bermula dengan huruf negeri tersebut.

 

Namun begitu, baru-baru ini tular penjelasan di group facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) dimana, beliau menafikan bungkusan plastik itu bukanlah sampah tetapi adalah bungkusan saka. Post tersebut berbunyi “Berkenaan dengan viral sebuah kereta berhenti atas jambatan tohok (buang) sampah ke dalam sungai, satni admin telah dihubungi keluarga pihak yang di viral, beliau memohon berbanyak maaf..sebenarnya mereka baru balik dari berubat di kuala Krai. Pihak mereka disuruh oleh perawat tradisional supaya membuang barang “saka” itu ke dalam arus sungai yang mengalir. Jadi itu sebabnya kenapa mereka membuang bungkusan itu ke dalam sungai.

Menurut undang-undang, perbuatan itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Syeksyen 119 (2) Akta Pengankutan Jalan 1987. Pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Kelatan.

Haih, mana-manalah korang ni, yang penting tidak kira asal negeri mana, kaum apa, kita kenalah sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar. Banjir yang berlaku hari ini masih lagi tidak membuka mata bahawa kitalah penyebab berlakunya kerosakkan alam sekitar ke? Pokok ditembang, bukit di tarah, sampah di buang merata-rata. Yang sengsara kita juga nanti.