Baju ‘Vintage’ Nike Ini Berjaya Dijual Pada RM37,500, Jangan Terkejut Tengok Harga Asalnya
# Trending Semasa

Baju ‘Vintage’ Nike Ini Berjaya Dijual Pada RM37,500, Jangan Terkejut Tengok Harga Asalnya

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Mar 2, 2021
pada 9:44 AM

Baju ‘Vintage’ Nike Ini Berjaya Dijual Pada RM37,500,

Sebut sahaja pasal bundle ada yang berkelakuan eee baju orang dah pakai! Namun tidak semua orang berprasangka begitu kerana ada segelintir anggap pakain bundle ini boleh dikatakan sesuatu yang ‘vintage’ dan ‘rare’ dan ada dijual pada RM37,500

YA! memang setiap bundle adalah baju yang terpakai dan kebanyakan memang menawarkan harga yang murah seperti RM10 tiga helai. Biarpun begitu kebanyakan baju yang ditawarkan masih dalam keadaan baik dan ada kalanya kelihatan baru. Paling penting sekali ada yang diimport luar negara dan berjenama mewah tapi harga warung.

Namun tidak semua pakaian bundle murah malahan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit. Terbaharu, seorang peniaga bundle di Pasir Mas, Kelantan dikenali sebagai Mohd Suhairi Mat Daud, 40, dikatakan berjaya menjual sehelai baju T lusuh Geisha Official keluaran jenama Nike pada tanda harga RM37,500 menerusi jualan lelongan bidaan di Facebook ‘live‘.

Mohd Suhairi atau disapa juga sebagai Mat Yie Tok Ube berkata, baju ‘rare‘ yang berusia hampir 40 tahun tersebut telah dibeli oleh seorang pengumpul pakaian ‘vintage’ dari Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdulillah rezeki itu tak salah alamat, terima kasih kepada Otai Lee (pembida) kerana sanggup membida pada harga yang tertinggi bagi pembelian baju ini dan ini merupakan rekod jualan tertinggi yang pernah saya terima,” jelasnya kepada pemberita Sinar Harian di Kampumg Tok Uban hari ini.

Mat Yie juga menjelaskan bahawa baju T tersebut merupakan keluaran edisi terhad dan hanya dipasarkan kurang daripada 10 unit di negara ini. Maka tidak hairan, keluaran unitnya yang terhad menyebabkan baju tersebut boleh dijual dengan harga yang mencecah puluhan ribu ringgit.

“Saya sudah sedekad menjalankan perniagaan pakaian bundle vintage ini. Hari ini dapat dilihat bahawa industri ini semakin berkembang dan ramai yang sudah ‘celik’ untuk menghargai ‘nilai’ sentimental pada pakaian vintage.

“Para pelanggan juga tidak seharusnya berasa risau jika berlaku kerosakan atau kecurian barang vintage yang dibeli kerana kesemua barang tersebut akan saya hantar sendiri ke depan pintu rumah mereka,” katanya lagi.

Kalau anda nak tahu harga asal boleh tengok balik live brader di Facebook miliknya. Jangan lupa tau mention admin di ruangan komen nanti.

 

sumber : vocket