Sering Dijadikan Bahan Gelak Semesa Temuduga, Lelaki Ini Tekad Ubah Wajah Seperti Artis Korea
# Trending Semasa

Sering Dijadikan Bahan Gelak Semesa Temuduga, Lelaki Ini Tekad Ubah Wajah Seperti Artis Korea

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Feb 5, 2022
pada 8:55 PM

Sebut sahaja mengenai wajah sudah pasti semua orang inginkan yang good-good je kNamun sebenarnya semua manusia adalah sebaik-baik ciptaanya. Zaman sekarang pula kalau nak wajah tu lagi cantik dan kacak apa lagi buat pembedahan plastik lah. Sering Dijadikan Bahan Gelak Semesa Temuduga, Lelaki Ini Tekad Ubah Wajah Seperti Artis Koreaan?

Situasi sebegini juga berlaku di Hanoi, Vietnam di mana seorang lelaki bernama Do Quyen, 26 tahun, dikhabarkan terpaksa menjalani sembilan prosedur pembedahan plastik gara-gara wajahnya yang sebelum ini dijadikan bahan jenaka semasa temuduga kerja.

Memetik laporan Odditycentral, wajah Do Quyen ini yang sebelum ini tidak kacak dan dia telah ditertawakan oleh penemu duga setiap kali di menghadiri temu duga kerja. Gara-gara sering dipermalukan dan wajahnya sering dijadikan bahan jenaka, Do Quyen kemudiannya mengabil keputusan untuk mengubah rupa parasnya.

“Gara-gara wajah saya sebelum ini, saya sukar mendapatkan pekerjaan dan sering diejek setiap kali saya memohon kerja. Selama ini saya hanya bersabar setiap kali berdepan dengan masyarakat yang menjadikan wajah saya sebagai bahan lawak”. ulas beliau.

“Tanpa berfikir panjang, saya rasa pembedahan plastik adalah jalan penyelesaiannya dan saya telah membelanjakan sebanyak $17,400 (~RM70,500) untuk operasi bedah muka ini,” katanya kepada para peminatnya di TikTok

Difahamkan, Do Quyen datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan wang bagi operasi tersebut merupakan hasil simpanannya. Ternyata penampilan terbaharu Do Quyen itu telah memberikan satu kejutan kepada kenalan rapat serta ahli keluarganya.

Setelah berhasil transformasikan dirinya persis ‘oppa’ Korea, akhirnya Do Quyen berjaya memiliki pekerjaan yang tetap sebagai jurusolek di Saigon. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua supaya hentikan face shaming atau body shaming terhadap kekurangan orang lain.

Jadi admin dah payung korang boleh lah pergi serbu tiktok dia kalau nak penjelasan yang betul ataupun ada orang di Malaysia nak tiru apa yang dibuat. Tapi apa yang paling penting adalah teruskan follow blog maukerja.my untuk mendapatkan info2 menarik.